Wednesday, May 2, 2012

Nak percaya ke taknak video Azmin?


Semasa Demang aktif menulis di wikipedia, Demang perasan ada seorang remaja yang turut aktif menulis di portal bebas itu.

Demang akui remaja tersebut ada bakat dalam penulisan dan boleh dikembangkan lagi.

Itulah keunikan media internet. Sesiapa sahaja boleh menulis dan melontarkan idea serta pendapat tanpa banyak protokol, prosedur mahupun kekangan.

Selain menulis artikal, remaja tersebut sering menyindir media arus perdana yang tidak telus dalam penyiaran. Pendek kata beliau tidak percaya dengan media nasional yang berdaftar.

Demang tahu remaja tersebut bukan keseorangan. Terdapat ramai yang beranggapan begitu.

Namun persoalannya, adakah media internet termasuk wikipedia yang tidak berdaftar dan tidak bertuan itu telus dan boleh dipercayai?

Jika demikian, media mana yang boleh kita rujuk?

Demang percaya remaja tersebutpun amat sedar betapa wikipedia juga sering digunakan untuk memanipulasi fakta. Beliau pasti mengakuinya jika beliau benar-benar jujur.

Pagi ini akhbar arus perdana menyiarkan penafian Azmin Ali berkenaan penyebaran video lucah yang dikatakan melibatkan beliau dengan seorang wanita PKR.

Yang menyebarkan video adalah media internet manakaka yang menyiarkan penafian adalah media arus perdana.

Yang mana nak kita percaya?

Itulah sebabnya, dalam kita ghairah dengan kehebatan media internet kita perlu sedar agenda pihak-pihak yang berkepentingan peribadi.

Walaupun media nasional dikatakan dikuasai pemerintah namun ia tertakluk pada undang-undang dan para penulisnya adalah orang yang boleh dikenalpasti dan dipertangungjawabkan.

Manakala media internet (kecuali yang berdaftar) amat sukar diketahui penyebarnya.

Jika pun boleh dikesan, belum tentu boleh diambil tindakan.

Hari ini, ada ustaz yang melarang fitnah sambil menyebarkan fitnah.

Selamat hari jadi, Cheguman. Semoga lebih jujur dalam menulis.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.