Monday, August 13, 2012

Demang muncul semula dengan 3 isu BESAR


Kalau ikutkan, Demang memang malas nak update blog Waadat atas beberapa sebab.

Namun ada beberapa isu yang ditonyoh-tonyoh ke muka Demang memaksa Demang untuk beri sedikit komen peribadi.

Pertama, isu artis masuk PAS. Eh, sejak bila pula artis dijadikan rujukan dalam bab politik? Adakah jika seseorang artis memilih sesebuah parti maka itu menunjukkan parti itu BENAR?

Kenapa artis yang suatu ketika dulu terkinja-kinja bekerja melayan nafsu manusia dijadikan contoh pembuat keputusan yang baik?

Dah hilang akal ke kita?

Kedua, isu beberapa orang buangan politik masuk PAS.

Siapa orang politik tersebut? Adakah mereka pemimpin besar dan amat dihormati? Siapa Tamrin? Yang di Sabah atau Sarawak itu pula, siapa namanya? Demang pun tak berapa kenal! Apa yang kecoh sangat ni?

Setahu Demang Tamrin tak pernah dianggap sebagai orang berpengaruh melainkan hanya kerana orang segan pada bapanya Tun Ghafar.

Bak kata Tun Ghafar sendiri apabila orang mengadu tentang Tamrin:

"Manakan sama Tamrin dengan saya. Ayah saya orang susah, ayah Tamrin orang kaya."

Bagi Demang Tamrin dalam politik ibarat melukut di tepi gantang dan sesekali seperti seekor kerbau membawa lumpur...

Begitu juga penyertaan beberapa artis ke dalam PAS. Demang agak PAS bukan sahaja akan terpalit bahkan silap-silap ikut berkubang sama nanti.

Isu ketiga agak terkeluar daripada dua isu tadi. Isu Rohingya!

Sebentar tadi pun Demang terima sekeping foto sekelompok mayat manusia rentung terbakar. (bukan foto di atas. Fotonya lain sikit)

Apa isu di Myamar itu? Selain lokasinya yang tidak begitu jauh dari tempat tinggal kita sekarang, kemelut tersebut juga melibatkan dua penganut yang ada kesinambungannya di negara kita iaitu Budha dan Islam.

Bezanya, di Myamar Budha majoriti Islam minoriti manakala di Malaysia sebaliknya.

Namun dalam demokrasi apabila kumpulan majoriti berpecah maka minoritilah yang akan menang.

Apatah lagi yang dikatakan minoriti itu memegang ekonomi negara!

Faham tak ni?

1 comment:

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.