Tuesday, August 14, 2012

Penghapusan etnik rohingya



Seperti biasa, sibuk lah orang di Malaysia menyibuk dengan kemelut yang berlaku di negara lain atas nama saudara seagama.

Bagi Demang, prihatin dan niat untuk membantu itu memang bagus, tapi tak perlulah 'over acting' sangat padahal bontot sendiri pun bergelumang tahi.

Sepagian ini banyak juga foto-foto ngeri mayat penduduk Islam Rohingya yang hangus terbakar dimasukkan ke wall Facebook Demang.

Bersekali dengan foto-foto tersebut sudah tentulah komen-komen daripada penatapnya.

Macam-macamlah luahan, pandangan cadangan, dan percambahan idea di situ. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan mengutuk pihak lain di samping berusaha mengembangkan fahaman politik masing-masing.

Dari perbincangan tersebut dapat dilihat 'stand' para penghujah. Ia tambah ketara apabila mereka mula menegakkan benang basah.

Demang percaya, jika demikian caranya, jangan haraplah mereka dapat menyumbang apa-apa. Mereka hanya tahu menyalahkan pihak lain dan menuduh antara satu sama lain.

Telur ayam pun lebih berkualiti daripada minda mereka, terutama yang sering menganggap dirinya lebih baik daripada orang lain itu.

Kalau dah dalam FB pun tak habis-habis bertengkar, macamana nak bersatu di medan perang?

2 comments:

  1. Minggu lepas dalam satu Tazkirah Ramadhan ada jugak satu penceramah bertanya "apa kerajaan dah buat dalam kes Rohingya ni?". Tapi mungkin dia terlupa untuk bertanya kepada dirinya sendiri. Atau pun dia sudah puas hati sekadar dapat melontarkan satu pertanyaan.

    Selalunya itulah adat manusia, kononnya mahu menyedarkan orang tetapi tidak menyedari yang diri sendiri pun belum sedar.

    ReplyDelete
  2. Diorg ingat kerajaan boleh suka2 hati ambik pendirian dlm hubungan antarabangsa? Diorg ingat hidup ni boleh setakat semangat je.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.