Wednesday, September 4, 2013

Minyak naik: awas sabotaj kaum peniaga


Ramailah yang marah-marah apabila harga minyak dinaikkan sebanyak 20 sen bermula malam tadi. Marah-marah tu boleh tapi Demang harap janganlah sampai naik minyak sebab dek minyak naik.

Ada juga yang kata PM bodoh sebab keluar kenyataan bahawa kenaikan tersebut berkait dengan patriotik.

Bagi Demang kalau PM bodoh, rakyat lagilah bodoh. Jika yang menyokong Najib menjadi PM dikatakan bodoh, yang membangkang lebih-lebih lagi bodoh sebab kalah kepada kumpulan bodoh.

Demang minta maaf kepada pembaca yang tidak selesa dengan perenggan bodoh di atas namun kepada yang gemar mem'bodoh'kan PM tentulah tak kesah.

Kepada yang merungut kurang puas hati, Demang ucapkan tahniah kerana anda bersikap normal. Biasalah, takkanlah nak senyum meleret pulak apabila terpaksa membayar lebih.

Kepada anda yang bersikap positif, Demang anggap anda HEBAT kerana pantas memahami yang tersirat.

Sebenarnya kenaikan semalam bukan kenaikan harga pasaran sebaliknya langkah kerajaan mengurangkan subsidi ke atas petroleum.

Selama ini kita membelanjakan RM14 bilion setiap tahun wang rakyat hanya untuk merendahkan harga runcit petroleum.

Kajian mendapati subsidi petroleum lebih bermanafaaf kepada golongan sederhana dan ke atas manakala rakyat marhaen kurang menggunakan subsidi tersebut secara langsung.

Justeru kita memikirkan jika 14 bilion tersebut ditarik balik barangkali boleh kita salurkan pada projek kebajikan dan lain-lain.

Namun untuk menghapuskan terus tentulah kurang praktikal dan menjadi bebanan besar pada pengguna. Maka kita mengambil langkah yang lebih sesuai iaitu menarik balik 20sen daripada jumlah subsidi.

Daripada 20sen tersebut kita dapat kumpulkan RM1.1 bilion.

Dengan kata lain, 20sen tersebit adalah sumbangan para pengguna kenderaan kepada projek kebajikan yang akan dilaksanakan.

Perlu diingat: bukan Najib seorang diri yang buat keputusan tersebut dan 1.1bilion tersebut bukan untuk membeli cincin Rosmah. Seringkali juga kontraktor yang menyokong pembangkang pun dapat tender besar kerajaan sambil tersenyum lebar, buat rumah besar, dan tambah bini yang tak besar!

Coda:
Cabaran terbesar kita ialah sabotaj daripada kaum peniaga yang sengaka menaikkan harga barang keperluan dan menjadikan kerajaan sebagai kambing hitam. Bersamalah kita memerangi mereka. Tunaikan tanggungjawab kita dengan melaporkan pada pihak berkuasa.

posted from Bloggeroid

2 comments:

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.