Thursday, December 12, 2013

Episod 2 Derwish mengajar berenang



Pada suatu hari Demang terlihat Derwish bertinggung di tebing sungai seperti mengadap sesuatu. Apabila dihampiri ternyata seorang lelaki sedang tercungap-cungap kelemasan sedangkan Derwish asyik bercakap.

"Apa yang berlaku Derwish?" Tanya Demang dengan agak panik.

"Aku sedang mengajar dia berenang." Balas Derwish dengan tenang.

"Apa? Kau akan menyebabkan dia mati kelemasan." Tingkah Demang cemas.

"Tak mengapa. Ini suatu pengajaran yg amat bermakna dalam hidupnya." Jawab Derwish selamba.

Demang segera terjun dan menarik lelaki yang hampir tidak bernafas itu ke tebing.

"Kau hampir membunuhnya." Marah Demang pada Derwish.

"Itu bukan masalahku. Aku menemuinya tadi tercungap2 di dalam air. Ternyata dia tidak tahu berenang dan aku membantunya dengan mengajar cara-cara berenang yang betul." Ujar Derwish tanpa rasa bersalah.

"Ini bukan masanya untuk mengajar." Gumam Demang sambil mengurut dada. "Kau patut menyelamatkannya terlebih dahulu." Sambungnya lagi.

"Tidak. Itu bukan tanggungjawabku. Tugasku hanya mengajar. Bukankah sudah kuperingatkan pada kau sejak dulu supaya menyuruh mereka belajar?" Derwish mula berleter.

"Nah. Jika kau dengar pesananku dulu tak perlulah kau membasahkan pakaianmu bahkan membahayakan nyawamu untuk menyelamatkan lelaki ini." Tambah Derwish sambil melihat Demang yang terkial-kial merawat lelaki malang itu yang sudah mula sedar.

Ikuti episod seterusnya minggu hadapan...

Kesah Demang & Derwish ini adalah karya asli blogger Cheguman dgn dibantu seorang pelukis otai yg pernah bernaung di bawah Creative Enterprise (penerbit majalah Bambino/Gila-Gila/Fantasi.

Ikuti episod demi episod yang akan disiarkan secara berkala di waadat.blogspot.com.

Semoga bermanafaat.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.