Monday, December 30, 2013

Warung, cafe, dan lebuhraya bertol

Orang buka warung, Demang cuba buka cafe.

Warung pacak tepi jalan, cafe dalam bangunan, ada aircond.

Warung jual karipap 50sen, cafe Demang pun jual karipap 50sen.

Warung tepi jalan buka hari-hari. Cafe Demangpun dibuka setiap hari dan aircond pun jalan hari-hari.

Orang pergi warung duduk atas bangku kayu usang, cafe Demang takkan nak buat begitu?

Warung tak pedulikan sangat soal lantai simen atau lantai tanah sebaliknya lantai cafe sekurang-kurangnya perlu ditampal mozek.

Sebut sahaja warung, orang tak peduli sangat, tapi bila dah jadi cafe, majlis perbandaran suruh buat macam-macam. Papantanda kena ikut peraturan dan kena bayar lesen. Longkang kena bersih, dapur kena kemas.

Kalau engkar, saman.

Demang nampak warung ni macam jalan biasa manakala cafe pula macam lebuhraya. 'Jalanraya biasa' digunakan secara percuma sahaja tapi kalau guna lebuhraya kena bayar tol.

Demang cuba jual karipap 60sen, orang kata mahal. Cafe pun lengang. Maka Demang tak jadi naikkan harga.

Demang fikir kerajaan pun begitu juga. Jangan naikkan tol dan kalau boleh beri percuma sahaja.

Perbelanjaan untuk penyeliaan lebuhraya boleh ambil daripada khazanah negara.

Apabila Demang beritahu Pakngah Demang di kampung tentang cadangan ini, Pakngah Demang bertempik:

"Aku tak setuju! Aku guna lebuhraya setahun sekali, pasai apa aku kena tanggung perbelanjaan lebuhraya tiap-tiap hari?"

Demang terangguk-angguk sambil mata terkebil.

2 comments:

  1. malaysia memang agak unik sebab harga minuman dikatakan seragam tetapi bab kandungan airnya yg berbeza,sebab gelas untuk mengisi air minuman mempunyi pelbagai saiz ada gelas yg pinggang ramping,perut buncit,tirus dibahagian bawah serta pelbagai lagi,tetapi pelanggan tidak pernah pertikaikan.

    ReplyDelete
  2. Ye tak ye jugak. Hmm...Pandangan yg menarik. T.ksh.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.