Sunday, August 3, 2014

Perangi riak & riba bagi memenangi perang gaza


Boikot: memerangi riba menghindari riak
Mengikuti perkembangan di Gaza sememangnya meruntun emosi yang berselang seli. Terkadang marah, geram, bangga, gembira, dan yang penting meningkatkan keinsafan tentang banyak perkara.
Ini ujian besar daripada Allah taala. Selain penduduk Islam di bumi berdarah itu, ia adalah ujian pada ummat Islam di seluruh dunia. Ia menguji jatidiri ummat Islam. Mencabar kita untuk menyingkir semua perkara lain dan bersatu hati dalam menghadapi musuh bersama.
Adakah kita telah menyediakan diri kita untuk itu?
Penyatuan ummat Islam tidak boleh sekadar ikut-ikutan meski ia perlu untuk permulaan. Kesedaran mesti timbul dari sudut hati. Insaf dengan kekerdilan diri dan dari situ bertekad untuk keluar daripada belengu kebergantungan pada makhluk, yang merugikan.
Serentak dengan kebencian pada Yahudi muncul pelbagai kempen memboikot produk berkaitan Yahudi. Ia suatu usaha yang bagus dan sudah menampakkan impak positif. Ibarat gerakan burung ababil, ia adalah sumbangan yang cukup bermakna kerana adakalanya kita terpaksa melawan nafsu yang sekian lama terjerat dalam perangkap 'branding'.
Kempen boikot jika diteruskan akan merombak pemikiran ummat Islam yang terjajah dengan 'kosmetik' dan mementingkan 'kulit'. Mengenepikan kulit bukan bermaksud kulit itu tidak perlu sebaliknya mengembalikan kita pada kualiti sebenar produk iaitu manafaatkan kegunaan sesuatu produk.
Lebih dari itu ia adalah permulaan untuk menyingkir sifat riak.
Sedar tidak sedar ekonomi dunia telah dikuasai Yahudi melalui sistem riba. Pelengkapnya ialah promosi berdasarkan kulit produk. Wanita dieksploitasi secara sedar dan sedia pula merelakan diri untuk diperguna.
Kesemua ini menimbulkan kemurkaan Allah taala. Justeru kesungguhan kita untuk menolak unsur-unsur jahiliyah tersebut (riak & riba) adalah langkah awal untuk kita memenangi peperangan ini.

4 comments:

  1. Jika orang melayu kita mengambil franchise dan menjual produk yahudi maka orang melayu kita digelar orang melayu yahudi?mereka juga membayar zakat perniagaan maka duit zakat itu juga di salurkan kepada YAHUDI?

    ReplyDelete
  2. Siapa yg mencipta FB Blog Google World Cup EPL UEFA Twitter..mereka ini semua bangsa Yahudi..orang2 ini menggunakan bangsa yahudi utk memasarkan jenama mereka..jika Kicap Kipas Udang Sos Jalen Jakel guna khidmat Yahudi pasti mereka berjaya n terkenal satu dunia..itulah yang ASTRO Samsung lakukan..mengambil Yahudi sebagai marketing power

    ReplyDelete
  3. Sialan ko masukan arsenal je. Mesti ko ni fan munyet ke dah no 7 tahun lpas tu senyap2 jelah barua bangsat..aku pro umno jugak ko tak payahlah nak berat sebelah sangat byk je lagi kelab2 bola kat sana ada kena mengena ngn israel sialan anai haram ko.. memang aku boikot blog ko ni start skrang bangsat

    ReplyDelete
  4. www.manutd.org.il/israeli-reds-on-tour-20132014/ manchester utd suport israel...

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.