Sebagaimana munculnya secara tiba-tiba maka adakah lenyapnya juga akan begitu sahaja?
Demang tak tahu sama ada nak menjerit gembira atau nak bertafakur hiba andai PKR terbubar dalam masa terdekat.
Demang tidak hairan jika ada pemimpin atasan a.k.a elit dalam PKR menyeberang ke parti lawan sebaliknya Demang jadi terkedu apabila pemimpin-pemimpin kelompok akar umbi mula bersuara menentang teraju utama.
Itu tanda-tanda besar sebelum PKR diberi noktah terakhir!
Perlu diingat, PKR tidak lahir di istana sebaliknya dianyam dari cebisan tikar para reformis yang bergelandangan di denai reformasi. Justeru jika akar umbi sudah menyanggah, ia sudah sukar diselamatkan lagi.
Sebagaimana kegusaran Demang dalam posting sebelum ini, adakah karamnya bahtera PKR sebelum sempat tiba ke pelabuhan utama memungkinkan rakyat menumpang di armada UMNO? Ataukah nanti kita kembali menjadi marhaen yang sekadar melangut melihat keghairahan pemimpin UMNO yang hobinya menampuk harta?
PKR sememangnya tidak perlu dipertahankan lagi sementelah kemunculannya meski membawa hikmah namun kerosakan yang ditajanya amat besar dan sukar diperbaiki.
Demang cuma nampak satu cara untuk kita mengharungi iklim pasca PKR nanti sebab rakyat harus ada medan untuk bersuara. Kaedah memanipulasi isu Anwar sudah berakhir. Kita mesti menyediakan alatan baru.
Demang fikir PAS masih relevan memikul tanggung jawab tersebut dengan syarat golongan Anwarisme yang menyelinap masuk seterusnya menyingkirkan golongan ulama 10-15 tahun lalu harus ditendang keluar terlebih dahulu.
Sementara itu di pihak UMNO juga harus ada pembersihan dalaman. Demang fikir tidak perlu Demang ulas lagi sebab perihal keangkuhan segelintir pemimpin UMNO ibarat sudah terang lagi bersuluh.
Kesimpulannya, kita akan menyelak satu lembaran baru dalam buku sejarah yang sedang ditulis: Malaysia pasca PKR.
Ikuti perbincangan seterusnya: Menampal yang koyak
Jaringan manusia
Apa (bukan siapa) selepas Anwar?
Teratai layu Kiambang bertaut
Nampak komfiden sgt hang ni. Pkr dan pr sedang melalui proses evolusi.
ReplyDelete