Tuesday, October 14, 2014

Pesta arak untuk tarik pelancong?

Banyak lah mesej yang Demang terima semalam bertanya pendirian Demang tentang program minum arak beramai-ramai yang akan diadakan di Melaka tidak lama lagi.

Yang menariknya, pesta tersebut akan diadakan tak berapa jauh dari program Melaka Bersalawat.

Selagi belum pasti, tak beranilah Demang komen apa-apa. Samalah juga apabila Demang diberitahu minggu lepas bahawa MB Selangor akan membenarkan pesta yamseng (pesta arak) sempena promosi pelancongan.

Yang Demang heran, kenapa tanya Demang? Mungkin mereka fikir Demang ada dua pilihan iaitu boleh 'tidak bersetuju' dan boleh 'bersetuju'.

Kenapa mereka fikir begitu? Hukum arak ini ada khilaf ulama atau memang hukum mutlak?

Oo... mereka tanya sebab bukan orang Islam yang nak berpesta arak sebaliknya orang bukan Islam.

Kalau begitu, beginilah jawab Demang. Oleh kerana MB Selangor dan MB Melaka pun katanya dah bersetuju maka apalah sangat Demang yang cuma guru tadika ini.

Maknanya Demang TERIMA-lah keputusan kedua-dua pemimpin tersebut sebab telah terbukti mereka berdua memang jauh lebih CERDIK daripada Demang.

Kalau tidak cerdik masakan dapat jadi MB?

Cuma Demang nak terjemahkan perkataan yang Demang  gunakan tadi agar tidak berlaku salah faham dan fitnah pada Demang:

1) Demang TERIMA tetapi bukan bermakna setuju.

2) MB yang CERDIK bukan bermakna bertamadun. Orang Arab sebelum kedatangan Rasulullah SAW pun cerdik tetapi tetap dikatakan JAHILIYAH.

3) Arak dikategori sebagai maksiat dan punca maksiat. Orang yang minum arak adalah pelaku maksiat.

4) Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan yang membawa maksud Malaysia adalah negara Islam. Tidak ada istilah agama rasmi dan agama tidak rasmi dalam perlembagaan. Hanya ada SATU agama bagi Malaysia iaitu ISLAM.

5) Jikalau negara ini Islam maka bolehkah sesiapa dibenarkan melakukan maksiat yang diharamkan oleh agama negara ini?

Sepatutnya kita berusaha memperkemaskan lagi pelaksanaan hukum Islam di negara kita bukannya semakin merosakkannya.

2 comments:

  1. pelancong akan berduyun2 ke melaka untuk 'yamseng'? pelahap sangat agaknya pelancong dengan 'pesta yamseng' oktoberfest ni. pelancong tak kebulurpun dengan air kencing setan tu sebab kat dapur rumah masing2 ada berpeti2. jangan 'jakon' sangat dengan pendapat bodoh begitu. pelancong datang ke melaka sebab 'pesta yamseng'? ini mb melayu 'peghak' mana pulak la dungu sangat ni....

    ReplyDelete
  2. Dari satu sudut ( bodoh) kita rasa akn mndapat " keuntungan " tp dr sudut yang lain sudut yang hak kita telah menjemput bala ALLAH.... tunggu lah.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.