Monday, October 20, 2014

punca sebenar ali rostam kalah di melaka

Kerja-kerja pembinaan rumah mahal di kampung Demang semakin rancak.

Tahniah bekas KM Melaka Ali Rostam atas jasa besar beliau mengubah kampung tempat salah satu peti undi parlimen Bukit Katil daripada sebuah kampung Melayu 99.9% menjadi pertempatan bercampur yang bakal menyukarkan lagi BN untuk kembali menguasai parlimen tersebut.

Tak apa lah. Itu hal lain. Pandai buat, tanggunglah akibatnya. Belum sempat perumahan itu siap pun dah tersungkur di kampung sendiri. Kalah dengan Pemuda PKR yang tak dikenali pun di Melaka.

Petang semalam Demang telefon pihak pemaju perumahan. Mana tau kalau-kalau Demang boleh pecah tabung untuk beli sebuah rumah untuk keluarga Demang. Maklumlah, Demang pun belum pernah beli rumah.

"RM900k ke atas," kata perempuan yang menjawab panggilan itu. 

Dari lenggok bahasanya Demang rasa bukanlah orang Melayu dan syarikat pemaju itupun, faham-faham sahaja lah.

Projek itu sebenarnya tertangguh lama sebab ada pemilik tanah yang enggan melepaskan haknya. Kebetulan lokasi tanahnya amat penting kerana melibatkan jalan masuk ke kawasan yang hendak dimajukan itu.

Akhirnya beliau terpaksa menjual tanah tersebut setelah mendapat 'arahan' daripada KM melalui telefon.

Demang tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita itu tetapi itu adalah salah satu sebab Ali Rostam kalah di parlimen Bukit Katil dan orang kuat beliau iaitu Ketua Pemuda UMNO Melaka tewas kepada PAS di DUN Bukit Baru.

Sampai sekarang Demang tak pernah tertembung dengan YB Dr itu atau mendengar sebarang program untuk rakyat yang diwakilinya. Mungkin Demang yang tidak tahu. Salah rakyat kah jika rakyat tidak tahu program wakil rakyat?

Demang malas nak ungkit lagi isu tersebut. Demang nak ulas perkara lain.

Semua orang tahu asal nama semenanjung kita ini ialah Tanah Melayu. Maka dibuatkan undang-undang bahawa ada tanah yang tidak boleh dimiliki oleh orang bukan Melayu dan bagi tanah yang boleh mereka beli akan dijual pada harga yang mahal. Selalunya, sangat mahal.

Inilah yang nak Demang kongsi di sini.

Apabila harga terlalu mahal maka orang cina tidak mampu membeli secara persendirian. Mereka bersatu dan beli secara berkongsi. Mereka buat rumah banyak-banyak di atas tanah yang mahal itu dan mereka dapat seorang sebuah rumah dengan harga yang mampu dimiliki.

Mereka tak buat rumah kos rendah. Mereka buat rumah sederhana mewah dan rumah mewah sebab keselesaan tempat tinggal itu penting untuk keluarga. 

Pemimpin Melayu pula sibuk nak buat rumah kos rendah untuk saudara seagama mereka sedangkan mereka sendiri tinggal di banglow mewah!!!

Ops... kita ada quota bumiputra. Maka sebahagian kecil dijual kepada bumiputra yang kaya. Yang tak ada banyak duit macam Demang melopong sahaja lah.

Sampai sekarang Demang hairan, bagaimana orang bukan Melayu mampu beli rumah-rumah mewah begitu? Kenapa Demang masih tidak mampu?

Kalau Demang yang berstatus golongan pertengahan pun belum mampu memilikinya, bagaimana dengan orang Melayu lain? Agaknya Demang seorang sahaja yang tidak mampu.

Baru-baru ini tersebar dalam media sosial bagaimana pemaju perumahan memanipulasi jual beli rumah sehingga tanpa disedari orang Melayu membayar harga yang lebih tinggi daripada kaum lain.

Nampak sangat bodoh dua tiga kali pemimpin orang Melayu. Nampak sangat pemimpin politik kalangan Melayu cuma pandai membelit sesama sendiri dan tiada agenda ikhlas bagi membantu bangsa sendiri.

Demang menulis bukan supaya kita cari jalan untuk menindas atau merampas hak bangsa lain. Demang nak pihak yang kita anggap sebagai pemimpin orang Melayu berfikir secara ikhlas untuk membantu rakyat kerana Allah Taala, bukan semata-mata kerana UNDI!

Demang nak beritahu pemimpin UMNO bahawa orang Melayu ini tidak perlukan bantuan Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja untuk menukarkan kerajaan sedia ada. Dalam zaman teknologi maklumat dan tsunami media sosial seperti sekarang, dengan kuasa undi setiap orang, UMNO akan menjadi Parti Orang Pelarian Melayu-Nusantara suatu hari nanti.

Boleh faham ke ni?

3 comments:

  1. isu yang Demang utarakan ini memang banyak terjadi dikalangan orang umno/BN diseluruh Negara. Dan apa yang terjadi di PRU13 baru2 ini adalah bukti kuasa pengundi "senyap" menentukan segalanya nasib calon.
    Tapi sayangnya, sipolan yang berpolitik atas nama umno/BN ni tak pernah pun belajar dari apa yang terjadi. Mereka leka walaupun kalah. Yang menang apatah lagi!.
    Selain dari projek, kesombongan ahlul politik umno/BN juga tersangatlah ketara. Manisnya wajah hanya bila musim mengundi tiba. Tak percaya, mata ada akal pun ada, anda boleh tengok sendiri di PRU14 nanti.
    Itulah orang politik umno/BN kita. Kita yang bermatian meletak berbagai harapan kepada mereka, malangnya HARAPAN ITU DIKECUNDANGkan.

    ReplyDelete
  2. memang begitulah adat org yg memegang kuasa, yg pendatang juga dibela sama seperti bossnya (peresiden Umno)hairan sungguh bagaimana tanah asalnya untuk melayu bputera jatuh ke tangan cina hanya kerana terbinanya rumah mewah atau kondo, sibumiputera tinggal melopong di rumah kayu usang melhat tanahnya menjadi milik pendatang dengan diumpan sedikit habuan sebagai penyabung hidup sedangkan anak2nya suatu hari nanti menjadi peminta sedekah dan merempat sibumi sendiri. Apakah ini angkara pemerintah yg inginkan mengekalkan kuasa dan kononnya dialah yag adil dan saksama kepaada semua bangsa dinegeri melaka dengan mengadaikan harta benda org hasil dari keringat dan airmata penduduk miskin.Aku malu adanya pemimpin seperti ini termasuklah ajk kampung bermuslihat sama..persoalannya apakah pemimpin melaka sekarang akan ikut jejaknya mengkikis harta orang melayu atas nama pembangunan...?Lihatlah nasibmu sekarang tiada jasamu untuk dikenang hanya nista yg berpanjangan....

    ReplyDelete
  3. Inilah balanya bila puak Islam/Melayu-ELIT-LIBERAL yg. dilahirkan dgn. sudu emas, terus merasakan mereka yg. paling berhak menjadi pemimpin! Dah tiba masanya golongan ELIT-LIBERAL dlm. UMNO, digantikan dgn. nafas-nafas baru - pemimpin yg. amat BERANI mempertahankan ISLAM/umatnya serta HAK BUMIPUTERA, dari MUSUH ISLAM/Melayu yg. tempatan dan asing! Tak penting Malaysia menjadi negara maju ala-Barat/ZIONIS kalau HAK dan TANAH/ALAM MELAYU ISLAM PUSAKA nenek moyang kita ni terus TERGADAI kat bangsa PENDATANG tempatan/asing!

    Lihat pemimpin VENEZUELA, Pres. Maduro ini yg. amat berani memperjuangkan hak BUMIPUTERA Palestin, dari KEANGKUHAN Barat-ISrael-KEPARAT, termasuk Pres. Maduro memberikan BIASISWA pengajian perubatan kpd. SERIBU anak PALESTIN- lihat di http://www.telesurtv.net/english/news/100-Gazan-Youths-Arrive-in-Venezuela-to-Start-Medical-School-20141009-0060.html , 100 Gazan Youths Arrive in Venezuela to Start Medical School, Published 9 October 2014!
    Sedangkan Univ. AlBukhary Antarabangsa di Kedah tu, kat NEGARA ISLAM kita ni, yg. nak bantu anak-anak ISLAM MISKIN global pun mungkin akan HANCOQ terus (nak cari berita terbaru pun bukan main susah tentangnya kat media)!

    Dan lihat juga Pres. Maduro ini telah MEMULANGkan balik 1.8 JUTA HEKTAR tanah kpd. BUMIPUTERA Venezuela; sedangkan TANAH RIZAB MELAYU kita yg. diROMPAK pun masih tak tertebus dan di P. Pinang terutamanya, BUMIPUTERA Islam/Melayu makin diHALAU dari bumi sendiri dan mungkin cucu-cicit kita akan MEREMPAT/MENGEMIS di SELURUH bumi sendiri!

    Lihat KEBERANIAN Pres. Maduro ini, di - http://alethonews.wordpress.com/2014/10/16/maduro-hands-over-land-titles-to-indigenous-communities-creates-institute-to-protect-native-languages/ , Maduro Hands Over Land Titles to Indigenous Communities, Creates Institute to Protect Native Languages, By Z.C. Dutka | Venezuelanalysis | October 15, 2014:

    On Monday, in celebration of the nationally acclaimed Day of Indigenous Resistance, Venezuelan president Nicolas Maduro established a presidential council for indigenous peoples, handed over collective land titles to 14 original communities, lowered the threshold age for indigenous pensioners, and announced the creation of an institute to protect the country’s 44 native languages.

    The South American leader also pledged 5000 new homes for indigenous communities for 2015 through the national housing mission Mision Vivienda, and announced the investment of 575 million bolivars (about $7 million) to address extreme poverty in 396 of those communities…..

    Land titles that encompass six ethnic groups and 14 communities of Anzoategui state were presented to community representatives; 1,891 hectares to the Guatacarito people, 438 to the Cumanagoto, 983 to the Capachal, 3,294 to the Pedregal, 657 to the Guayabal and 1,119 hectares to the Kariñas of Mapiricurito.

    From 2011 to 2013 the Committee for the Demarcation of Land and Habitat, of the indigenous ministry, has signed 40 property titles for collective lands, including over 1.8 million hectares of land.

    In a similar ceremony in July, Nuñez declared, “Today, the Bolivarian government recognizes the lands that ancestrally belonged to us and have been our home for many years.”

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.