Thursday, October 23, 2014

Video mirip pendakwah tersebar

Sedang tersebar di media sosial sekarang ialah video yang menunjukkan seorang lelaki dan seorang wanita sedang memadu asmara.

Demang percaya dalam masa beberapa minit sahaja ratusan ribu kalaupun bukan jutaan salinan video tersebut tiba di tangan rakyat Malaysia.

Berbeza dengan video yang dikatakan skandal pemimpin politik sebelum ini yang agak kabur, video yang memaparkan pelaku berwajah mirip pendakwah tersohor itu begitu jelas dan dari sudut yang amat molek.

Persoalan pertama dalam kepala Demang ialah pihak manakah yang UNTUNG dengan video tersebut dan pihak mana pula yang RUGI?

Demang rasa jika kita memikirkan persoalan yang Demang kemukakan ini kita akan dapat menghindari daripada terjebak dalam permainan iblis dan syaitan.

Adakah UMNO sedang terdesak sekarang sehingga terpaksa menyebarkan video tersebut? Adakah PAS mempunyai motif untuk mengaut keuntungan dari isu ini?

Demang tidak sebut parti utama lain kerana hanya UMNO dan PAS sahaja parti orang Islam. Perlu diingat, video ini melibatkan seorang pendakwah Islam yang sangat terkenal dan amat berpengaruh.

Demang tinggalkan pada anda persoalan yang perlu direnung:

Pihak manakah yang UNTUNG dengan video tersebut dan pihak mana pula yang RUGI?
Barangkali dari situ kita akan dapat jawapannya.

Apapun yang paling baik ialah jangan sebarkan dan jangan terlibat sama sekali.

2 comments:

  1. Ustaz penyambung lidah fitnah rba...

    Hari ni kene pitnah dgn rba plak...

    Ce tanya.... apa rasaa...???

    ReplyDelete
  2. Biasanya penganut agama PAS akan buat solat hajat perdana untuk kes seperti yang menimpa uai ini ... tetapi nampaknya tiada cadangan untuk membuat solat hajat perdana ... dah lah report polis tidak mahu buat ... solat hajat perdana pun tidak mahu buat juga ... hem ... faham2 ajerrlah ...

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.