Monday, December 22, 2014

Kenduri muzik

Semalam Demang menemani isteri menghadiri majlis perkahwinan di rumah bekas rakan sekelas beliau.

Seronoknya dalam majlis begitu ialah dapat bertemu rakan-rakan lama. Banyaklah kesah nak disembangkan.

Namun sudah jadi adat orang Melayu berkenduri sejak dahulu kala, tuan rumah akan pasang lagu kuat-kuat. Agaknya kalau tak kuat, tak sempurna kenduri.

Demang faham bahawa tuan rumah ingin memeriahkan majlis di samping menghebahkan pada orang ramai tetapi Demang rasa bunyi muzik yang membingitkan telinga begitu bukanlah satu-satunya cara membuat hebahan.

Tidak salah bermuzik tetapi biarlah harmoni pada telinga hadirin dan tidak sampai mengganggu. Bukankah lebih baik dialunkan muzik lembut sebagai halwa telinga. Demang cadangkan muzik instrumental.

Untuk menambah kemeriahan, jemputlah pasukan kompang atau qasidah yang membuat persembahan dalam tempoh tertentu. Kompang tak seperti corong muzik yang dipasang terus menerus sepanjang majlis berlangsung.

Atau mungkinkah tuan rumah sengaja buat begitu supaya jemputan tidak bersembang dan lekas-lekas beredar?

Kalau demikian maka hilanglah satu hikmah berkenduri iaitu bagi merapatkan silaturrohim.

Bersambung

2 comments:

  1. Amat setuju dengan komen anda. Tidak halangan kalau ingin kan suasana yang meriah dengan music sebagai latarbelakang. Tapi rasional lah. Kalau music tapi memekakkan telinga akan membuat tetamu menyampah dan belah secepat mungkin. Biar lah music sebagai latarbelakang "ringan" agar tetamu tidak diganggu. Masalah utama apabila DJ syok sendiri dan tidak cerdik meletak speaker. Jangan lah letak speaker betul2 kat kepala tetamu. Mampus naik pekak. Jadi tuan rumah perlu cerdik dan ambil perhatian. Saya pernah menegur petugas majlis mohon di rendahkan volume kerana terlalu menganggu.

    ReplyDelete
  2. Kadang2 bukan salah tuan rumah tetapi masalah DJ yang tak faham bahasa. Banyak kes tuan rumah sudah berpesan kepada DJ supaya tidak memasang muzik kuat2 tetapi apakan daya tuan rumah sudah sibuk melayan tetamu dan sang DJ pulak syok sendiri lebih2 lagi bila ramai yang nak berkaraoke.

    Secara peribadi saya suka majlis diserikan dengan alunan muzik dan celoteh DJ tetapi biarlah harmoni, jangan sampai tetamu terjerit2 nak bercakap.

    anakbochek.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.