Seluruh negara sedang berduka kerana musibah yang sedang melanda.
Semua sedang berfokus pada banjir luar biasa yang belum tahu bila surutnya. Malah jikapun ada beberapa tempat sudah nampak surut namun hujan masih turun di sana sini dan air akan tepu di kuala seterusnya akan membuak semula ke hulu.
Dalam pada itu negeri-negeri lain seperti Melaka, Selangor, dan NS yang belum begitu ketara hujannya sebelum ini sudah mula berhujan lebat berhari-hari.
Daruratkah Malaysia? Apa maksud darurat?
"darurat boleh didefinisikan secara amnya sebagai keadaan yang memerlukan hukum-hakam keringanan terutamanya ketika terlalu lapar, terlampau dahaga, sedang berubat, menghidapi penyakit, di dalam keadaan terpaksa, kelupaan, kejahilan, kepayahan, keadaan yang tidak dapat dihindari atau umumul balwa, ketika bermusafir, sakit, kesempitan dan juga ketika berdepan dengan suatu keadaan yang luar biasa. Sekiranya hukum-hakam rukhsah (kelonggaran) ini tidak wujud dan penekanan hanyalah kepada hukum-hakam azimah, umat Islam pasti akan binasa ketika berdepan dengan suasana kecemasan atau darurat."
(Dr Daniel zainal abidin: http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=23524)
Anda baca sendiri, fahamkan, dan rasakan sendiri adakah negara kita sekarang bersituasi darurat?
Jangan dipedulikan soal tuntutan insuran atau impak bank. 'Darurat adalah darurat' yakni suatu keadaan yang menyebabkan peraturan dan hukum biasa tidak lagi sesuai digunakan.
Demang berpendapat jika keadaan sekarang sudah sampai pada hukum darurat maka kerajaan perlu isytiharkan darurat sebelum rakyat sendiri yang melakukannya kerana dalam keadaan darurat, peraturan yang biasa dianggap sudah tidak ada.
Lagipun, berapa ramai rakyat yang memiliki polisi insuran seperti itu?
Apa peraturab biasa dan tidak biasa tu?
ReplyDeletekalau rayaat istihar darurat apa yang rayaat boleh buat?adakah dengan bertindak begitu air akan surut dan segala kerosakan akan pulih seperti sedia kala....sekarang ni pun dah macam darurat juga kerajaan membantu segalanya ..makan tempat berteduh dan sebagainya ....kalau nak macam sedia kala ..susahlah ...belajar hidup dalam serba kekurangan dan terima seadanya ....
ReplyDeleteSyukurlah kita masih selamat...apa yang saya lihat rayaat Malaysia tidak bersedia menghadapi kesukaran ...sebab negara kita terlindung dari bencana alam yg besar.kita tidak bersedia ......kerajaan sudah bersedia dengan sebaik mungkin ...tapi kalau rayaat sendiri tak tahu apa nak buat tak guna juga .