Mahathir seorang yang kejam. Najib pula orang baik.
Bukan Demang sahaja yang kata tetapi ramai lagi termasuk musuh politik beliau.
Paklah juga orang baik. itu sebabnya Mahathir lantik beliau menjadi TPM dan PM ketika rakyat di kemuncak kemarahan pada Mahafiraun dan Mahazalim momokan PKR.
Mahathir memang seorang yang kejam. Sesiapa yang cuba-cuba masuk politik di zaman beliau diberi dua pilihan: bersama-sama beliau atau dibunuh. Beliau tidak peduli samada mayat itu boleh ditanam atau menjadi zombi seperti Anwar.
Kuli dan Musa Hitam memahaminya melalui pengalaman sendiri.
Kuli adalah mangsa awal yang cuba mencabar legasi Mahathir. Pasukan beliau kuat dan modalpun kukuh. Maklumlah, kerabat diraja. Namun akhirnya hancur berkecai kerana misi perjuangan terlalu sempurna sedangkan pembawanya sendiri masih compang-camping.
Kuli ambil jalan keluar yang selamat dan kekal sebagai YB di daerahnya.
Musa Hitam adalah gandingan terbaik Mahathir sehingga muncul istilah kepimpinan 2M. Musa mabuk dengan fatamorgana dan lupa bahawa di atas sebuah bukit tidak boleh ada dua ekor harimau.
Musa Hitam mengalah sebelum segalanya menjadi hangus dan berpuas hati menjadi duta sahaja.
Pak Syeikh Anwar lebih hebat. Kadang-kadang ramai yang lupa siapa sebenarnya PM. Anwar naik keretapi ekspres terus ke puncak. Kadang-kadang mengah juga Mahathir mengejarnya, padahal tempat sepatutnya Anwar ialah di belakang.
Sayangnya kaki Anwar tersadung di pintu Putrajaya.
Anwar enggan mengalah, menjadi zombi dan lawan sampai jadi asap. Akhirnya sebagaimana spesis makhluk halus yang lain beliau ditangkap pawang diraja dan dimasukkan ke dalam botol sebelum dilempar ke laut.
Paklah disingkir kerana itu sahaja jalan untuk menghalang menantu beliau daripada bermaharajalela. Budak yang baru balik dari luar negeri itu sedang kemaruk mencari kawan dan pengaruh. Sebagaimana lazimnya anak orang kaya mencari kawan ialah dengan wang. Dia lupa yang dikikis bukan harta bapak mertuanya.
Kawan-kawan KJ pula samalah seperti kawan-kawan Sazali dalam filem Anakku Sazali. Mereka akan melayani apa sahaja kehendak Sazali supaya Sazali bawa lebih banyak wang!
Paklah beralah bagi menyelamatkan menantu beliau dan kini KJ berhempas pulas untuk menarik simpati.
Kini giliran Najib diuji. Jawapan akhir ada pada Najib. Mahathir akan menjadi pemeriksa. Jika jawapan itu beliau berkenan, Najib kekal. Sebaliknya jika jawapan itu tersasar, Mahathir tidak peduli walaupun ayah Najib berjasa besar menerima beliau kembali ke dalam UMNO.
Bahkan Mahathir sepatutnya berterima kasih pada Najib yang bertukar team semasa Mahathir dicabar Kuli. Undi majoriti yang cuma beberapa helai itu sememangnya daripada Najib yang berpaling tadah daripada Kuli.
Namun seperti yang Demang sebut awal tadi, Mahathir seorang yang kejam. Beliau boleh memberi peluang tetapi jika peraturan dilanggar, hukuman dijatuhkan tanpa timbang rasa.
Semalam Demang sempat lihat video Mukhriz berucap dalam persidangan UMNO entah di mana. Anak kandung Mahathir itu bercakap tentang integriti. Adakah Mukhriz yang bercakap atau beliau sekadar posmen?
Apabila integriti yang disebut maka itu adalah tips peperiksaan yang semua kena faham. Integriti adalah nadi seseorang pemimpin. Jika integriti sudah hilang maka jawatan perlu dipulangkan.
Najib orang baik. Walaupun sudah ada desakan agar MB NS, Perak, dan Kedah digantikan atas alasan kesetiaan namun Najib tidak seperti Mahathir yang kejam. Najib anak bangsawan yang keluar daripada istana untuk berjuang bersama rakyat. Jika beliau mahu bersenang lenang, harta datuk sebelah ibunya bukan kepalang. Ayahnya sendiri seorang PM Malaysia yang amat disegani dan kaya integriti.
Ramai yang kata Demang 'play safe'. Sebenarnya profesional tidak melulu ambil risiko sebaliknya akan memastikan laluan daripada kedua-dua arah selamat, barulah melintas.
Sebagaimana kata Demang sejak awal, pemeriksaan masih berlangsung dan belum ada keputusan. Maka kenapa kita tidak boleh bersabar sedikit lagi? Jika sudah jelas Najib bersalah maka beliau perlu melepaskan beban yang ditanggung selama ini.
Najib orang baik tetapi dikelilingi kawan-kawan seperti kawan Anakku Sazali. Sayangnya Najib tidak mampu bertindak sekejam Mahathir.
Oohhh yer ker mahathir kejam??!!.. aku baru tau..nasib ko bgtau demang kalo tak aku tak.tau.. hmmm...(..lajunya kipas..berangin angin )
ReplyDeleteSekurang2nya Tun dah buktikan yang beliau adalah PM yang paling berjaya. Jasa Tun semua orang merasa.
ReplyDeleteApa jasa Najib? GST, 2.6B, 1MdB... atau penaik harga minyak. Tekan rakyat... itu yang boleh rasa. Suruh rakyat berjimat tapi kawinkan anak... beli bunga pon 3juta...
Cuba habaq sikit apa jasa Najib yang semua rakyat merasa... BR1M hanya segelintir rakyat merasa. Rakyat pertengahan setiap budget mesti kena cekik. Rakyat terlalu meskin dan kaya saja yg rasa ... itu pon sekadar gula2 peyedap mulut... sat aje lepas tu pahit balik