Sunday, August 23, 2015

Yang turut bersalah akhirnya

Ketika mata rakyat melihat Najib berjaya menjadikan Malaysia negara paling sengkek di dunia, kerajaan mengeluarkan sejujut fakta yang membuktikan tuduhan tersebut bercanggah dengan realiti.

Antara yang dicatatkan ialah dari 2009 hingga 2014, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 47.7 peratus.

Demang percaya ramai yang mencemik kenyataan tersebut apatah melihat RM terus merudum. Terbaru malam tadi tersebar dalam media sosial, RM (bukan Rosmah Mansor) tidak diterima di Arab Saudi.

Jika kerajaan kata negara bagus dan rakyat pula mengeluh dengan kesempitan hidup, yang mana satu betul?

Fakta tidak pernah menipu walaupun 'fakta palsu' memang ada. Namun apabila fakta yang dikemukakan itu tulin maka itulah realitinya.

Habis, bagaimana pula dengan keluhan rakyat? Adakah itu bukan realiti?

Bagi Demang, kedua-duanya adalah realiti. Negara makin maju, pendapatan makin banyak, rakyat 'makin berada', ironinya ramai yang masih menderita.

Memang ironis!

Benarkah rakyat makin berada?

Ketika Demang melapor diri sebagai guru pada 1990, gaji Demang cuma RM435 sebulan. Hari ini sudah melebihi RM5k.

Ketika itu Demang cuma mampu mengambil alih motorsikal honda cup ayah Demang dan tinggal beramai-ramai di rumah kerajaan. Elaun perumahan tiada.

Duit tidak pernah cukup, tapi akhirnya cukup juga.

Hari ini, Demang lihat setiap rumah memiliki lebih daripada sebuah kereta. Rumah makin lawa, kereta buatan luar negara. Proton Saga? Maaf, untuk pergi kebun boleh lah. Kereta buatan negara dipandang lekeh. Macamlah kereta import tiada masalah.

Makin ramai yang mampu beli motorsikal berkuasa tinggi. Kalau dulu, jika terserempak di jalanraya pun, kepunyaan rakyat Singapura. Sekarang berlambak cikgu yang ada. Tak puas satu, beli dua.

Di dalam rumah sudah tiada tikar mengkuang atau tikar getah. Lantai indah, karpet import, dan sofa terkini menjadi penghias kediaman walaupun diguna sekali sekala.

Makan tidak hanya di rumah tetapi ada kalanya di luar tetapi bukan di warung-warung sebaliknya ke restauran masakan Thai dan restauran makanan ala Amerika. Berbuka puasa di hotel sudah perkara biasa.

Membeli belah tidak lagi di pasar malam atau pekan sehari seperti zaman 1990an sebaliknya di gedung perniaagaan berjenama.

Sesekali ke luar negara. Indonesia, China, Kemboja sudah tidak pelik lagi. Orang pergi umrah macam musim haji. Yang itu baguslah.

Dalam pada itu siang malam merungut pada kerajaan. Pantang terima benda-benda yang mengutuk kerajaan, cepat-cepat kongsi dalam grup media sosial. Meriah. Boleh gelak-gelak.

Sekarang, berteriak pula mata wang sendiri tak laku. Tidakkah kita turut jadi balaci pengkhianat negara memburukkan negara di mata dunia? Salah satu punca kemerosotan ekonomi ialah persepsi dunia terhadap negara. Wang sekarang bukan bersandar pada emas pun. Ada tangan yang mencatur dunia.

Kalau itupun tak tahu, tak payahlah bercakap pasal politik lagi. Pergi buat kerja masing-masing. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurnia.



6 comments:

  1. Demang.. bersyukur itu wajib, tetapi pada masa yg sama rakyat tidak bole memejamkan mata/mengabaikan segala macam penyelewengan yg di lakukan pemerintah!.. Menuntut pemerintah turun dari jawatan yg jelas salah lakunya di mana pula dosanya apatah lagi negara yg mengamalkan demokrasi yg rakyat semakin celik tentang hak...

    p/s: demang... berpada pada lah mengampu..

    ReplyDelete
  2. Anonymous 2:35 tu hakim rupanya.

    ReplyDelete
  3. Anon 4.44 PM..rakyat sememangnya hakim negara..so?

    ReplyDelete
  4. Redha dengan ketentuan Allah. Bersyukur. Mengkritik jangan sampai menghancurkan. Tingkatkan usaha. Bantu membantu sesama kita. Kritik lah secara positif dan beradab. Jangan asyik bangkang tanpa ada penyelesaian dan cadangan. Memang senang mengkritik, walau pon kerajaan dah banyak membantu. Mnusia memang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Tanya holongan lima puluhan yang tahu beza dahulu dan sekarang.
    Orang2 muda memang anti-establishment. Mereka tak nampak apa yang berlaku dahulu dan sekarang. Kepada pengkritk dan pembangkang, spt di atas, tanya lah apa sumbangan anda untuk negara, bukan sebalik nya. Jika anda bekerja keras dan redha, Allah pasti akan meredhai anda. Amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah lah kritik lar senang..apa najib cakap angguk jer, setuju jer, sokong jer...baru la bersyukur..

      Delete
  5. Satu yg betul demang..ramai yg tak bersyukur..kufur nikmat...umpama dia la manusia yg bijak untuk mentadbir..contoh dah depan mata..macam azmin ali..cakap berdegar semua salahkan orang rupa rupanya..lebih segan dari syaitan

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.