Kata team Mahathir, jika Najib digantikan maka peluang UMNO untuk menang lebih cerah.
Ada penyokong Najib jawab, apa pula tujuan pembangkang mendesak Najib letak jawatan? Nak bagi UMNO menang juga?
"Secara logiknya, ia tidak logik." Kata seorang pengulas yang bukanlah di atas pagar.
Pendapat Demang pula, untuk membantu Najib mengekalkan jawatan bukanlah demgan cara memberitahu rakyat bahawa Najib baik apatah lagi menuduh team Mahathir tidak baik. Apa yang perlu dilakukan penyokong Najib ialah membuktikan bahawa Najib masih relevan.
Bagaimana?
Pertama, kawal harga barang keperluan. Caranya bukan dengan memaksa puak kapitalis nenurunkan harga tetapi dengan menambah pengeluaran produk berkenaan.
Bagaimana? Soalan itu bukanlah Demang yang patut jawab tetapi pengarah-pengarah pelbagai agensi kerajaan lah kena fikirkan.
Kedua, tingkatkan pendapatan rakyat. Jangan lah nampak hanya satu cara sahaja iaitu menaikkan gaji dan elaun kakitangan kerajaan atau memaksa gaji minimum pekerja swasta, atau menambah peruntukan BRIM. Ia hanya akan memberi galakan pada puak kapitalis menaikkan lagi harga berlipat ganda.
Sekali lagi Demang cadangkan, tingkatkan produktiviti rakyat dengan menambah sumber pendapatan. Ia tidak sama dengan menaikkan gaji dalam pekerjaan sedia ada.
Apabila ramai rakyat mengeluh pasal harga rumah yang melambung tinggi, kerajaan boleh berikan sahaja rumah secara percuma. Sebagai pulangan, penerima rumah tersebut perlu bekerja dengan kerajaan dalam bidang pengeluaran.
Tak faham? Kerajaan binalah kilang dan sediakan rumah untuk para pekerja!
Tak logik? Tun Razak dah buktikan 50 tahun lalu dengan penubuhan FELDA. Ladang atau kilang, persamaannya ialah kedua-duanya menghasilkan PRODUK.
masalahnya ada ke pak2 menteri ada kepala otak yg mahu fikir mcm tu..kalau nak mengampu cepatlah idea datang.
ReplyDeleteAda. Ko fikir semua pak menteri haprak ke? Jgn terlalu prasangka, dlm setandan pisang busuk, ada juga yg masih boleh dimakan... Sabar & istiqomah mohon Allah berikan malaysia pemimpin yg baik.
DeletePM perlu ada good brain, good knowledge about everything, good true consultants, and must know brilliantly how to choose suggestions, ideas and proposals to be executed, on his own.
ReplyDeleteYg lain lain dlm k'jaan tu, paham paham ajelar, mmg dr dulu pun, duk ngipas jer kemahirannya.
Tuan. Harga barang mahal atau sara hidup tinggi tu bagai bergaduh laki bini. Marah pun tak sampai kemana. Tapi kalau dah hilang kepercayaan dan hormat... tu yang bercerai.
ReplyDeletegood sugestion ... sure goverment will do it ;-))
ReplyDeletePikir dalam2...siapa yang control harga rumah. Kenapa pbt izinkan projek baru tetapi tidak mampu dibeli rakyat kebanyakan. Yg beli segelintir yg nk kaya dengan kumpul dan sewa hartanah. Kenapa harga barang mahal...kerana sewa kedai mahal..pemaju dan pengumpul hartanah jangan nak tamak sangat. Kesannya akhirnya pada harga barang... kalau da sewa mahal dan hutang pinjaman rumah tinggi...baki gaji tak cukup nk hidup.
ReplyDeletePenyewa kedai pon nak untung. Akhirnya rakyat yang tanggung. Kehadiran expatriate dan pembeli hartanah bkn rakyat negara ini juga bagi kesan harga rumah bila demand ade kerana biasanya mereka mampu beli harga tinggi ....dan jadi mangsa rakyat sendiri. Yg paling untung pemaju yg hanya nak untung besar tanpa kira keperluan rakyat. PBT buat sesuatulah!!!
Kerajaan hari adalah yang terbusuk di dalam sejarah Negara sejak zaman Melaka. Adakah patut sorang menteri senior yang telah berubah menjadi Bab!!! sanggup mengajak Tun Dr Mahathir bertumbuk. Bangang betul menteri sebotak PM Debek ini. Hasil kejelikan dan tunjuk ajar si Jibon Rosemak maka para pemimpin dah jadi musuh rakyat dan Negara. Akibat terlalu banyak masuk duit haram dan dedak, iman di dada menipis dan jalan ke Neraka terbentang luas buat mereka. Malangnya rakyat yang tidak berdosa turut jadi mangsa.
ReplyDeleteTiba-tiba ajak orang tua berumur 90 tahun bertumbuk kerana banyak bertanya(?). Hebat sungguh Menteri ini!
ReplyDeleteNak selesaikan masalah, senang je.
ReplyDeleteHAPUSKAN GST, habis cerita.
Kalau GST dihapuskan harga barang akan turun.
Hidup tidaklah sejerih sekarang.
Pertama, kawal harga barang keperluan. Caranya bukan dengan memaksa puak kapitalis nenurunkan harga tetapi dengan menambah pengeluaran produk berkenaan.
ReplyDeleteBagaimana? Soalan itu bukanlah Demang yang patut jawab tetapi pengarah-pengarah pelbagai agensi kerajaan lah kena fikirkan.
___>>> Usaha ni kerajaan telah, sedang dan akan buat. Masalahnya, puak kapitalis yg nak tumbangkan kerajaan dgn menaikkan harga supaya kerajaan disalahkan...Cara terbaik untuk jatuhkan sesebuah kerajaan ialah dgn apabila brg keperluan naik mendadak. Inilah puak penyokong DAP tgh buat!!!
Kedua, tingkatkan pendapatan rakyat. Jangan lah nampak hanya satu cara sahaja iaitu menaikkan gaji dan elaun kakitangan kerajaan atau memaksa gaji minimum pekerja swasta, atau menambah peruntukan BRIM. Ia hanya akan memberi galakan pada puak kapitalis menaikkan lagi harga berlipat ganda.
ReplyDeleteSekali lagi Demang cadangkan, tingkatkan produktiviti rakyat dengan menambah sumber pendapatan. Ia tidak sama dengan menaikkan gaji dalam pekerjaan sedia ada
_____>>> Sumber pendapatan rakyat yg lain kenalah atas inisiatif rakyat itu sendiri. Dah byk sumber alternatif. Tengoklah rakyat asing y dtg ke Malaysia, boleh hidup dan menjana pendapatan. Kerajaan dah buat yg terbaik. Yg selebihnya, rakyat kena berusaha
Terima kasih pada semua yg menulis respon. Pendapat anda amat dihargai.
ReplyDeleteTerima kasih pada semua yg menulis respon. Pendapat anda amat dihargai.
ReplyDelete