Baca dengan rileks. Jika anda sedang sibuk, sila tandakan laman ini dan kembali ke sini apabila anda telah bersedia.
Berapakah pendapatan tetap anda setiap bulan? Kata orang, BERAPA itu tidak penting. Soalnya ialah cukup atau tidak?
Apapun, syukurlah kerana anda masih hidup hingga kini dan masih mampu menikmati rezeki tidak kira dari mana sumbernya. Jangan malu jika rezeki anda itu tiba pada anda melalui orang lain sebaliknya malulah jika anda tiada usaha untuk menyalurkan rezeki pada orang lain terlebih dahulu.
Menerima pemberian itu normal kerana seorang rajapun sering diundang dan diberi makanan percuma. Bahkan seorang jutawan atau ulama besarpun selalu dibelanja oleh rakyat biasa.
Berapa tahunkah lagi baki umur anda? Sudah tentu anda tidak mampu mengiranya. Berapa tahun pula sudah anda lepasi? Berapa banyak yang telah anda perbuat? Berapa peratuskah pekerjaan anda yang dibayar gaji dan berapa banyak pula yang hilang tanpa sebarang upah daripada orang yang sepatutnya membayar pada anda?
Pernahkah anda terfikir bahawa sepatutnya anda mendapat bayaran apabila memberhentikan kereta bagi memberi laluan pada seekor anak kucing yang melintas jalan?
Nampaknya beberapa perenggan awal tadi anda telah dihujani dengan persoalan demi persoalan sahaja. Saya sengaja buat begitu kerana saya tahu jawapan segala persoalan tersebut ada pada anda. Saya akan bantu anda menyusunnya kembali supaya dapat dimanafaatkan semula.
Apapun jawapan anda terhadap persoalan pertama saya tadi, ternyata anda masih diberi rezeki, masih bernafas, dan masih mampu membaca sehingga ke titik ini.
Untuk persoalan kedua, ia memang tiada jawapan. Maka apa yang boleh anda buat ialah lakukan sesuatu yang baik sehinggalah anda mati. Alangkah beruntungnya meninggalkan dunia ketika sedang berbuat kebajikan pada manusia lain demi mendapat keredhoan Ilahi.
Saya percaya, bagi kes kucing tadi tiada siapa pernah mempersoalkan bayaran termasuklah anda.
Secara umumnya semua manusia ingin menjadi baik dan berbuat baik. Namun realitinya tidak semua benar-benar merealisasikannya dan hanya segelintir yang mampu melakukan secara beriltizam.
Anda di golongan mana?
Mari kita telusuri ragam manusia lain dan cuba fahami mereka. Tempat paling mudah memerhati tingkahlaku manusia ialah dalam media sosial seperti FB. Selain itu ialah di jalanraya terutama di persimpangan berlampu isyarat.
Ketika fb mula diperkenalkan, ramai yang menjadikannya sebagai tempat meluahkan keluh kesah. Namun hasil tarbiyah dari pihak tertentu samada secara individu mahupun melalui organisasi terancang, luahan perasaan secara personal-external sudah semakin kurang.
Namun kebiasaan menghambur kemarahan pada pihak ketiga masih berlaku dan agak leluasa. Tembok paling mudah dilepaskan kemarahan ialah pemimpin dan kerajaan yang memerintah. Ia adalah sasaran normal.
Seperti yang saya umpilkan tadi, manusia ingin menjadi baik. Namun sedar tidak sedar sebenarnya kebanyakan dari kita sekadar ingin dilihat baik. Soal riak hanya Allah dan pelakunya sahaja yang tahu.
Melepaskan kemarahan dan menghalakan kasalahan pada pihak lain adalah gambaran ketidakpuasan hati. Sekali lagi saya katakan ia adalah normal namun tidak membebaskan anda dari masalah sebenar. Kita tidak mampu mengubah sesiapapun melainkan diri sendiri.
Berbalik pada soal rezeki yang menjadi persoalan utama tulisan ini, saya percaya anda dapat membezakan antara pendapatan dalam bentuk wang dengan rezeki. Saya tidak menjanjikan anda kedua-duanya bahkan salah satu daripadanya pun di luar kemampuan saya.
Saya cuma boleh mencadangkan anda satu praktis yang boleh anda lakukan. Biarpun ia bukan satu-satunya pilihan yang anda ada namun ini dapat membantu anda untuk istiqomah.
Apabila ramai manusia yang berkeluh kesah tentang wang, maka membantu mereka menambah pendapatan adalah satu kebajikan. Ingat, apabila saya mengatakan 'membantu mereka menambah pendapatan' maka itulah yang saya maksudkan. Saya tidak mengatakan ingin menambah pendapatan anda. Ia tidak termasuk dalam fokus utama program ini. Jika ada rezeki anda, alhamdulillah.
Aneh? Jika anda belum bersedia membantu orang lain maka perenggan berikutnya bukan lagi satu keperluan untuk anda membacanya.
Golongan pertama yang terbeban secara langsung dalam isu kenaikan kos hidup sudah tentulah ketua keluarga. Apa yang boleh kita bantu? Saya rasa kita tinggalkan dulu kelompok ini dan pergi pada golongan kedua iaitu surirumah.
Surirumah bermaksud lelaki atau wanita yang tidak melakukan pekerjaan yang bergaji. Mereka menguruskan rumahtangga dengan sumber kewangan yang disediakan oleh pasangan mereka.
Antara tugas mereka ialah menyediakan makanan untuk keluarga. Idea saya ialah: apa kata kita minta mereka memasak lebih sedikit dari biasa?
Biarlah saya berterus terang. Cadangkan pada beberapa orang suri rumah supaya memasak lebih daripada biasa dan jualkan masakan yang paling sedap pada penduduk setempat. Bukankah ia menguntungkan? Tidak perlu buka restauran atau warung.
Cuba kirakan berapakah modal yang perlu dikeluarkan untuk membeli bahan mentah dan lihat di restoran berapakah harga yang dijual. Perbezaan antara harga bahan mentah dengan harga jualan makanan yang siap dimasak adalah keuntungan bersih suri rumah tersebut.
Tiada kos sewa premis atau upah pekerja.
Persoalan yang mungkin ditanya ialah siapakah yang akan membelinya dan siapa pula yang akan menghantarnya ke rumah-rumah pelanggan?
Saya fikir lebih baik saya yang bertanya pada anda soalan tersebut tetapi dengan sedikit kelainan:
1. Mahukah anda mencari surirumah yang berminat melakukannya bagi menambah pendapatan mereka?
2. Mahukah anda memdapatkan remaja atau belia yang mahu mencari wang saku dengan melakukan tugas penghantaran dalam kawasan taman perumahan secara berjadual?
Jika anda tidak sanggup melakukan dua perkara di atas maka anda tidak perlu lagi membaca soalan ketiga:
3. Tahukah anda bahawa tugas yang akan anda lakukan ini memberi anda peluang pendapatan tambahan?
Hubungi saya dan kita akan bincangkan dengan serius. Oh ya. Soal promosi kepada pelanggan, biar saya yang uruskan sebab saya ada team yang mampu melakukannya.
Noor Azman Aminudin
Pengarah Urusan Morha Marketing
75150 Bukit Baru Melaka.
SMS/whatsapp/call: 0194402211
Alhamdulillah di kawasan saya telah pon ade pasangan yg buat bisnes penyediaan dan penghantaran lunch dinner ke rumah. Menu berserta harga dihantar sehari awal melalui sistem whatsup... dan customer boleh buat tempahan sebelum midnight.
ReplyDeleteDemand mmg ade kerana kawasan ini ramai pasangan bekerja. Harga berpatutan mungkin tidak perlu sewa kedai.
Alhamdulillah. Saya suka jika dapat bekerjasama dgn pasangan tu atau mana2 orang yg berminat di kawasan mereka.
DeleteAlhamdulillah. Saya suka jika dapat bekerjasama dgn pasangan tu atau mana2 orang yg berminat di kawasan mereka.
Delete