Thursday, April 12, 2018

Anwar Ibrahim dipenjara semula

Anwar bukan calang² orang. Wan Azizah pula cekal di sisi suaminya. Siapa layak ganti beliau?

Masin mulut Demang (3)

Anwar Ditahan Semula.
Penahanan semula ketua pembangkang yang asalnya adalah timbalan perdana menteri dan timbalan presiden umno seolah meredakan sedikit gerakan menumbangkan BN.

Anwar sangat mantap tetapi singa itu telah dikurung. Kenapa ia dipenjara tidak penting dibicarakan di sini. Artikal ini bukan hendak mempersoalkan salah-benarnya Anwar tetapi fungsi Anwar dalam keseimbangan politik negara.

Para pemimpin veteran melihat penahanan ini bukanlah kelebihan jangka panjang pada umno, terutamanya untuk negara. Ketiadaan pemimpin pembangkang sekuat Anwar akan menjadikan umno leka dan sebarang serangan dari pihak lawan secara tiba² akan merobohkan terus umno dan BN.

Akhirnya negara hancur. Itu Demang akan kupas lain kali.

Maka satu misi sulit perlu dilancarkan segera.


Tun Main Peranan
Satu²nya pemimpin yang mampu menyaingi kekuatan Anwar Ibrahim ialah seterunya iaitu Tun Mahathir.

Satu muslihat perlu dicari untuk menjadikan Tun sebagai ketua pembangkang menggantikan Anwar.

Ia adalah satu gerakan sulit sehinggakan Najib sendiri tidak tahu.

DAP dan PKR? Mereka mungkin telah menghidu perkara ini namun sukar untuk lepas dari perangkap yang dipasang.

Apatah lagi apabila Tun adalah master mindnya.

Bersambung...

Artikal sebelum ini
 teori RAHIM selepas teori RAHMAN
Artikal mukaddimah
 teori RAHMAN berakhir


No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.