Thursday, April 12, 2018

Apa pula lepas teori RAHMAN (2)

Mungkinkah Rahim ini akan kembali? Demang tak berani cakap. Semuanya ketentuan Allah taala.

Masin mulut Demang (2)
RAHIM selepas RAHMAN

Kata ulama, arrahman untuk semua manakala arrahim hanya untuk orang mukmin.

Justeru jika RAHMAN mengambil huruf pertama PM selepas Tunku Abdul Rahman maka Rahim tidak lagi begitu.

Teori RAHIM juga bukan bermakna selepas pru-14 ini Najib Razak tidak lagi menjadi PM tapi kedudukannya ada sedikit berbeza. Namun masih mengikut perlembagaan.

Demang tak kata Najib dan tak kata bukan-Najib.



Imbasan peristiwa

2013 UMNO sedang lemah. Walaupun UMNO kembali menerajui kerajaan selepas PRU-13 namun semua orang tahu bahawa parti itu sedang uzur.

Memang UMNO masih mendominasi BN namun parti komponan terutama MCA dan MIC terlalu lemah untuk menjadi peNy'sokong' pada UMNO.

MCA terutamanya telah ditolak hampir sepenuhnya oleh kaum cina yang semakin terang²an menolak BN. MIC pula ketiadaan pemimpin seperti Samy Vellu, menjadikan sukar menguasai kaum India.

Di seberang sana, pembangkang di bawah pakatan pkr, dap, dan pas sedang bersiap sedia menggantikan BN yang menunggu masa untuk rebah.

Bersambung lagi...

Artikal sebelum ini: siapa PM selepas pru-14


No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.