Friday, April 20, 2018

Cerita tiga ekor katak dalam longkang

Siri masin mulut Demang (28)
Yang lompat² partipun dipanggil katak.

Demam pilihanraya makin memuncak. Jentera parti mula bergerak. Penempel politik pun sibuk dengan cara masing².

Yang pandai menulis, mula menulis. Yang handal bercakap mula bercakap. Yang pakar fitnah, mula memfitnah. Yang minat viral, makin galak memviral.

Soal betul atau salah, perkara nombor 18.

Demang teringat cerita penulis politik syed husin alatas dalam blognya beberapa tahun lepas. Cerita katak.

Demang tulis semula dengan cara Demang.

Ada 3 ekor katak tiba² jatuh ke dalam longkang yang deras. Nasib mereka baik sebab ada sebatang kayu yang turut jatuh ke dalam longkang itu boleh mereka tumpang.

Tiba² seekor katak berkata: "sebenarnya kayu ini tak meluncur ke mana. Tebing itu yang  bergerak laju."

Katak kedua memandang katak berkenaan dengan jengkel sambil berkata: "eh, kayu ni yang bergerak. Tebing tu kekal di tempatnya."

10 herba terbaik di dalamnya

Maka kedua²nya bertengkar sakan. Masing² dengan hujah dan teorinya.

Katak yang seekor lagi hanya diam melihat kelakuan kedua² katak itu bertekak.

Tiba² katak pertama menoleh ke arah katak yang diam itu: "apa pendapat engkau? Kayu atau tebing yang bergerak?"

Katak yang ditanya senyum sedikit tetapi masih tidak bersuara.

Katak yang seekor lagi tidak puas hati dan berkata: "hey, dia tanya kenapa engkau tak jawab? Kayu ini atau tebing itu yang bergerak?"

Katak yang diam itu akhirnya berkata: "pendapat² kamu berdua itu betul. Tadi kita di atas tebing dan nampak benda² di dalam longkang ini bergerak. Tapi apabila kita berada bersama arus, kita nampak tebing yang bergerak."

Syed husin alatas mengakhiri cerita katak dengan situasi kedua² katak bekerjasama menolak katak yang diam itu dari kayu yang ditumpangi mereka.

Wallahualam.

Bersambung...

Artikal sebelum: Demang jadi calon PAN

Baca dari awal: selepas teori RAHMAN konsep RAHIM pula

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya 



No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.