Friday, April 20, 2018

Demang bertanding tiket PAN

Siri masin mulut Demang (27)
Hampa berkelahi la. Aku nak jadi perdana menteri. Dengan dap pun tak pa.


Kalau ikut kualiti memang PAN akan kalah teruk. Maklumlah yang ada dalam parti mat sabu itu bertaraf ayam sabung sahaja.

Itu yang paling tinggi. Selebihnya tukang sorak dan tukang riuh sahaja.

Namun jika Demang berhajat untuk jadi calon dalam pru-14 ini Demang akan bertanding atas tiket PAN. Demang yakin boleh menang.

DUN bukit katil ada 25 ribu pengundi. Pengundi muslim 16 ribu dan bakinya nonmuslim. Yakni pengundi cina 7 ribu, selebihnya kaum lain.

Dalam pru kali ini akan berlaku pertandingan 3 penjuru melibatkan umno, pas, dan pan.

Jika Demang jadi calon pan, 9 ribu undi sudah dalam tangan. Iaitu undi daripada nonmuslim.

Undi melayu akan pecah 3. Jika 16 ribu bahagi 3, PAN akan peroleh 5 ribu undi.

Setelah dicampur 9000 maka Demang dengan mudah akan dapat 14 ribu undi. PAS akan dapat 5000 undi dan UMNO pun dapat 5000 undi.

Siapa ada nombor hp mat sabu? Demang nak wasap dia sekarang.

Wallahualam

Bersambung

Artikal sebelum: langkah longkang ke laut




2 comments:

  1. Assalam. Senangnya matematik cikgu? Atas kertas congak cikgu pasti tak sama atas kertas undi. Solid ke tak solid, ia bergantung kepada kecenderungan mengundi. So, saya tak percaya logik mudah yang cikgu beri tu..

    ...cikgu jugak

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.