Friday, April 20, 2018

Langkah longkang sampai ke laut

Siri masin mulut Demang (26)
Hati² dengan longkang. Tengok orang langkah, kitapun nak langkah. Orang sampai ke seberang, kita tersadai dalam longkang.

Ini cerita yang Demang pernah dengar masa zaman kanak²:

Seorang guru berkata, kalau kita yakin dengan Allah taala, jika kita baca basmallah dan lompat ke bawah bukit kita boleh sampai ke mekah.

Maka seorang murid pun cuba buat. Dengan bacaan bismillah dia pun melompat. Alhamdulillah dengan kuasa Allah pelajar itu tiba di mekah. Wallahualam.

Padahal guru yang bagi cerita itu pun tak berani buat.



Keyakinan dan kemampuan itu dua perkara berbeza. Ada orang boleh lompat parit besar. Ada yang sekadar boleh langkah longkang. Kadang² lopak kecil pun tak mampu.

Sebut pasal mampu, ramai yang rasa boleh. Pepatah melayu kata ukur baju di badan sendiri. Kalau ukur di badan orang, kena cari yang sama saiz, ketinggian dan bentuk badan.

Dalam pilihanraya kita tak boleh cuba² sebab kesannya besar. Takut tak sanggup hadapi akibatnya. Kena ada strategi.

Strategi pun kena ikut kemampuan diri. Yakin boleh itu perlu dengan persediaan yang rapi. Tak boleh main yakin sahaja.

Kenapa murid tadi boleh lompat dan terus sampai ke mekah? Barangkali keyakinannya amat tinggi. Adakah kita seyakin itu?

Cuba baca bismillah dan layur jari pada api. Kalau betul caranya, insyaallah tak rasa apa² tapi kalau rasa panas maknanya banyak yang kita kena muhasabah diri.

Jangan buat² yakin.

Sebelum ini Demang kata pas sukar menang. Atas kertas pun kalah sebab pas hampir mustahil dapat tarik undi bukan muslim yang jadi penentu. Pru kali ini tak sana macam dulu sebab pas sendirian. Dah tak join pakatan.

Namun ramai pula yang bersemangat untuk menyokong perjuangan islam yang dibawa pas. Bagi Demang tiada masalah.

Demang kata hanya ada satu cara iaitu berdoa dengan bersungguh². Jangan sekadar harap², asal jangan tidak.

Kalau nak bangun tengah malam pun malas, tak payah berangan la. Jangan sampai sikap konon² nak sokong islam akhirnya dua² melepas.



Wallahualam.

Bersambung...

Artikal sebelum ini: undi mca

Baca dari awal: selepas teori RAHMAN konsep RAHIM pula

Klik gambar produk bagi menyokong blog ini.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.