Monday, April 9, 2018

lalat musim haji (1)


Foto lalat di atas bukan sekadar hiasan. Demang tangkap sendiri tengahari tadi, di Melaka.

Sekarang bukan musim haji, tapi lalat banyak. Biasanya orang kata musim haji lalat banyak.

Di indonesia banyak lalat tak masa musim haji? Demang tanya sebab di Indonesia lebih ramai ummat Islam.

Itulah yang dikatakan kepercayaan umum.

Bagi Demang pula ia adalah ujian pada kita. Jika kita pun kaitkan lalat dengan musim haji, maka gagal lah kita. Padahal lalat tiada kena mengena dengan musim haji.

Ada sebab Allah buat begitu. Antaranya, sebagai ujian pada kita, atau juga sebagai peringatan.

Apabila setiap kali musim haji lalat banyak maka akhirnya orang percaya ia satu kebenaran. Orang percaya bahawa kedatangan lalat kerana musim haji.

Kalaulah di indonesia atau negara Islam pun begitu juga halnya, maka makin ramai lagi lah yang akan percaya.

Bersambung lalat musim haji (2).
Kalahkan penyandang

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.