Pernah dengar orang kata mempertahankan kejuaraan lebih sukar daripada mencapai kemenangan?
Kenyataan itu benar jika pihak berkenaan baru sekali menang. Sulitnya ialah umno telah 13 kali menang!
Dalam tempoh 60 tahun umno dan BN telah menyiapkan sistem bagi mempertahankan kekuasaan mereka!
Ia lebih sukar berbanding serangan pihak luar yang komander dan prajuritnya adalah orang asing.
Dalam pru, sebahagian rakyat negara sedang berusaha mengambil alih tampuk pentadbiran.
Jika kumpulan ini mahu gunakan orang dalam untuk menumbangkan kerajaan maka kerajaan juga boleh gunakan orang di dalam kelompok itu sendiri untuk gagalkan usaha itu.
Rasanya tidak sukar untuk faham.
Dalam tempoh pembubaran ini memanglah semua jabatan dan agensi mesti bersikap kecuali. Namun siapa yang memberi mereka jawatan itu?
Terus mempertahankan kerajaan yang ada seakan mempertahankan jawatan individu itu sendiri. Kita yang belum jadi ketua jabatan mungkin tak begitu faham.
Sebab itu Demang kata sukar. Kalau tak berapa ikhlas, lebih baik duduk diam². Elok² boleh masuk syurga tapi dek menyibuk campur isu politik, akhirnya terpaksa bersoal jawab di padang mahsyar.
Silap² terpaksa melalui malaikat malik terlebih dahulu. Nauzubillah.
Jangan main tuduh²
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.