Wednesday, April 18, 2018

MIC pun kita kena undi

Siri masin mulut Demang (24)
"Ini otak kasih pakai la." mungkin itu kata samy vellu. Demang beberapa kali tulis pasal beliau di blog ini sejak 2009.

Demang lihat orang Jelebu marah² apabila dengar khabar kawasan itu akan diberi pada calon MIC.

Turut kecoh dalam fb berkenaan isu tersebut ialah rais yatim. Demang segan nak menyampuk dalam ruang komen beliau.

Rais yatim agaknya lupa konsep memberi dan menerima. Takkan kita nak minta sesuatu pada orang tanpa balasan? Kalau sedara mara kita pun kita segan.

Daripada 222 kawasan parlimen dari perlis hingga sarawak tidak ada satupun kawasan yang bermajoriti pengundi India. Maka tiada kawasan untuk wakil kaum india di parlimen.

Habis tu camno? Adakah nak diketepikan terus mereka?

Ingat, mereka ada undi dan boleh menentukan kemenangan mana² calon walau tiada kawasan. Nilai undi mereka sangat tinggi dan di sesetengah kawasan mampu jadi penentu!

Jika kali ini mereka minta Jelebu sebagai upah menyokong BN adakah kita akan tolak?

Dalam demokrasi mereka boleh sahaja beri undi pada DAP.

Pas pun pernah bertolak ansur begini masa join pakatan pembangkang. Malah, selangor yang sepatutnya pas punya diberi pada pkr.

Sebab apa? Ini yang dinamakan konsep memberi dan menerima.

Wallahualam.

Bersambung: undi mca

Baca dari awal: selepas teori RAHMAN konsep RAHIM pula

Klik gambar produk, mana tau berguna.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.