Tuesday, May 29, 2018

Tun, Anwar tak boleh bubar BTN


Kalau ikut logik, TM tak kan bubar BTN.

Ini bukan kerana agensi di bawah JPM itu pernah berjasa besar pada beliau tetapi kerana rangkaian penggeraknya boleh dijadikan pemampan pada kerajaan islam di masa depan, sekiranya benar² berlaku kerajaan dikuasai non muslim.

Jika BTN dibubarkan ia hanya akan menghasilkan satu lagi musuh TM selain umno. Bahkan agensi tersebut lebih kukuh networkingnya. Ini kerana umno sendiri sering dibantu oleh agensi unik tersebut.

Demang guna istilah 'unik' kerana perkataan 'keramat' dah dibasikan umno.

BTN berbeza berbanding JASA ataupun KEMAS.

Salah satu kelemahan najib ialah gagal menggunakan BTN dengan berkesan. Manakala Paklah pula terlebih menggunakan BTN sehingga timbul bantahan senyap dalam kalangan penggerak BTN sendiri.

Ketika anwar ibrahim melancarkan gerakan reformasi pada 1999 TM sepatutnya tumbang. Demang bukan terlebih dakwa namun percaya, BTN-lah penyelamat TM.

Ya, selebihnya kerana kebijaksanaan TM 'mempergunakan' BTN.


Demang guna perkataan 'mempergunakan' sebab tak jumpa perkataan lain yang sesuai. Istilah 'manipulasi' lebih negatif.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Anwar ibrahim juga sepatutnya tidak akan membubarkan BTN. Anwar amat akrab dengan BTN sehingga penyingkirannya. Kelebihan TM ialah bertindak pantas menemui orang kuat BTN ketika itu iaitu nordin kardi.

Dengan cepat juga BTN yang awalnya kelihatan menyebelahi anwar ibrahim mengekalkan kesetiaan pada kerajaan semasa, terutama pada perdana menteri. Ini bertepatan dengan kedudukan btn iaitu berada di bawah JPM.

Dengan kata lain, BTN adalah barisan hadapan dan pertahanan akhir perdana menteri.

Justeru, pembubaran BTN tidak sepatutnya berlaku jika TM bijak. Sememangnya beliau seorang yang bijak.

Namun jika akhirnya BTN terbubar maka itu bukan kehendak TM. Ia adalah desakan daripada rakan² (baca: sekutu) dalam pakatan harapan yang ingin melampiaskan dendam. Atau, mereka memang ingin melihat kerajaan Islam terjunam.

Wallahualam.

Bersambung... Tahniah BTN

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: kerajaan MLM

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya


5 comments:

  1. Saya sokong DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!

    Teruskan penulisan sebegini..!

    Syabas!

    Tidak ada lagi istilah setia atau menyokong membabi buta (sepanjang masa nak sokong..!)

    Tidak perlu taksub kpd mana2 parti atau individu..!

    Yg betul kita sokong.. yg salah kita tentang..!

    FOR BETTER NATION..! MALAYSIA BOLEH..!!

    ReplyDelete
  2. Bn jatuh tu sebab puak korang macai melayu ph MEMBABI BUTA lah.. Percaya fitnah segala fitnah oleh pakatan ketika itu.. Barang naik gst bla2 imdb cincin rosmah.. Sekarang??? Baru ckp jgn membabi buta??

    Lakonan bodoh.. Sekarang kita BABI BUTA kan balik kerajaan fitnah pakatan madey. Tkpayah nk puji madey lah wahai admin.. Klu admin lahir sebelum tahu 80.. Patutnya tak gamak memuji makhluk tua yang banyak lakukan perpecahan dahsyat umat Melayu dan juga rompakan wang negara berskala besar atas macam macam nama dan alasan..

    Admin..adakah tuan Melayu Sangat Lupa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno @ bn tewas adalah sebab dpt cybertrooper mcm kau..!

      Rakyat meluat melihat komen2 seperti kau..!

      Dah kalah pun masih tak nak bermuhasabah diri dan berubah..!

      Yg betul kita sokong.. yg salah kita tentang..!

      Tak kisah lah dari pembangkang atau kerajaan..!

      Tidak perlu taksub kepada mana2 parti politik atau individu..!

      Jika pandangan simple mcm ni pun ko tak boleh faham.. mmg patut lah umno @ bn kalah..!

      Bak kata najib jgn jadi bangang..! Tp diri dia sendiri dia tak sedar yg bangang itu berpunca dari diri dia sendiri..!

      Itu lah masalah umno @ bn..!

      Sentiasa berada di dlm denial syndrome..!!

      Delete
  3. yg pelik buta buta tun buat fitnah dan jadi batu api korang buat tak kisah telan dan hadam ... guna akal apa inplikasi kalau PH menang..

    kerajaan yang lahir dari sintemen persepsi fitnah tak kekal lama.

    walu tak lama keadaan sudah terlewat untuk dipulihkan.

    inj suma kerja gila atok u turn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik2 dikatakan fitnah..

      Apakah "fitnah" tersebut..??

      Apakah kajian yg mengatakan kemenangan PH adlh atas dasar fitnah yg dibawa oleh tun mahathir..??

      Apakah ko telah interview kesemua pengundi yg mengundi PH tersebut dan lalu membuat satu kesimpulan utuh bahawa pengundi adalah mengundi bdasarkan kpd fitnah..??

      Dari korang sentiasa dangkal dsn tersasar dlm membuat analisis.. baik korang fokus ke arah memperbaiki dan memperkukuhkan institusi kepimpinan tertinggi umno!

      Kemudian, lakukan program2 yg membina semula semangat ahli di kesemua peringkat..!

      Jadi lah pembangkang yg baik demi agama, bangsa dan negara!

      Sokongan rakyat pasti akan dtg dgn sendirinya apabila sudah yakin yg umno @ bn berada pd kedudukan asal penubuhannya!

      Setakat ni, umno gagal..! Pemimpin umno lemah..! Cybertrooper umno @ bn pulak byk merapu..!

      Delete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.