Monday, May 28, 2018

Kerajaan MLM


Apabila Amway sdn bhd letak syarat untuk jadi leader perlu ada group sales rm12500 selama 3 bulan berturut², Fortune marketing muncul dengan tawaran jualan kumpulan rm10k sahaja selama 2 bulan untuk capai pangkat yang sama.

Maka berpusu² ahli Amway lari ke Fortune. Yang belum join mana² syarikat MLM pun ikut serta.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Tiba² datang Revell sdn bhd dengan tawaran yang lebih hebat. Untuk capai 20% bonus dengan pangkat manager tak perlu jual rm12500 atau rm10k. Hanya perlu buat jualan kumpulan rm5k selama sebulan pun dah layak. Bahkan jika dicampur dua bulan jualan, cukup rm5k pun dikira sudah layak.

Maka berduyun² orang ramai dari Amway, Fortune, syarikat² MLM lain serta yang sebelum itu tak berminat dengan MLM pun ikut terpengaruh.

Maka akhirnya... yang tahu, tahulah. Yang sempat melalui zaman tu, fahamlah.

Rupa²nya bulan dan bintang itu nampak saja dekat. Ia lebih tinggi dari awan, tak terjangkau dek tangan.

Namun manusia tak pernah serik menggapai impian, mengejar pelangi indah meski sering tertipu dengan fatamorgana.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Selepas itu muncul pelbagai skim cepat kaya, binari, dan macam² lagi. Lebih lucu lagi, produk pelik² ikut muncul.

Ada produk berupa lintah, ikan arowana, cacing dan lain² yang tak berapa masuk akal. Agaknya dalam MLM ini letak taik sebagai produk pun laku.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Para pemburu impian lebih berani dari dulu. Bank dan koperasi menjadi tempat meminjam modal. Apabila tergolek, bukan sahaja duit dalam tabung hilang malah gaji yang mendatang pun telah dicagarkan.

Semuanya kerana terpedaya dengan janji² manis disulam dengan hujah menarik hati.

Percayalah. Manusia tidak pernah serik. Kesal hanya sebentar sementara lutut yang luka sebab terjatuh itu sembuh. Nanti ada lagi yang berjanji itu dan ini, pasti akan dituruti.

Alasan paling mudah ialah, dulu lain. Hujah dan fakta termasuk angka dipapar dan diperbandingkan supaya kita percaya bahawa kali ini ia akan berjaya. Yang dulu, telah diperbaiki.

Biasanya orang ramai tak suka fakta atau nombor. Maka apabila penganjur skim cepat kaya papar angka banyak² mereka main percaya sahaja.

Oh ya. Revell dan fortune ada lagi? Bagaimana dengan amway? Bagi yang tak tau, Demang nak bagitau: akhirnya baru disedari bahawa Amway yang pernah dituduh teruk itu masih ada hingga kini. Yang lain², datang dan pergi. Kalau masih ada pun, sekadarnya sahaja. Tidak gah macam dulu.

Kebanyakannya, dah dikuburkan. Bermusim.

Wallahualam.

Bersambung : tun tak boleh bubar BTN

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: BTN beri nyawa baru mahathir

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya


5 comments:

  1. Analogi mudan dan menarik tuan..mohon su share bg budak budak kpop faham sikit..

    ReplyDelete
  2. Mana ada gula di situ ada semut.

    ReplyDelete
  3. tuan punya blog analogi ni terlalu tinggi untuk budak budak k pop dan k pip dan k pub yg pertama kali mengundi. maklum la budak k pub baru nak up ni ramai tengah high fly.

    kalau bole selitkan gambar2 dan data dlm bentuk graf dsbnya.

    budak k pub ni tak suka nak fikir berat berat nanti tergolek lam longkang.

    harap maklum tuan empunya blog

    ReplyDelete
  4. Kerajaan baru ni dah mula memelik. Kalau dah ada manifesto, ikutlah.

    Tapi entah persatuan mana tiba tiba datang tuntut macam macam, "kita akan pertimbangkan..."

    Macam macam tuntutan takkan nak layan semuanya?

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.