Wednesday, August 15, 2018

BTN belum ditutup

Setakat ini, sebenarnya belum ada keputusan muktamad. Negara ini bukan milik individu yang boleh buat keputusan sesuka hati.

Rupa²nya dalam kerajaan pun ramai tak bersetuju jika BTN ditutup.

Berita penutupan BTN semalam hanyalah kegopohan pihak tertentu yang risau melihat seolah pemimpin tertinggi kerajaan tidak peduli isu yang dibawa mereka.

Antara perkara kecil yang dipersoalkan pihak yang membantah penutupan BTN ialah kem² BTN yang ada di setiap negeri, sekurang²nya sebuah. Ia bukan sahaja melibatkan pengurusan manusia bahkan bangunan.

Demang kata 'perkara kecil' sebab ada lagi perkara lebih besar jika BTN ditutup iaitu melatih modal insan yang berjiwa patriotisme.

BTN telah terlatih puluhan tahun dalan bidang patriotisme dan pengalaman itu tidak harus dikuburkan begitu sahaja.

Ini penting. Amat penting bagi sesebuah negara.

Hendak diserahkan pada KBS, merekapun dah ada bangunan dan kelengkapan sendiri melainkan, dipaksakan dengan jenama lain.

Memang boleh BTN diletakkan kembali pada KBS namun ia ibarat menukar warna baldi padahal masih air yang sama. Mana nak disimpan air yang lebih itu? Nak dicurah ke longkang begitu sahaja?

Jika di bawah KBS nanti, usaha pemantapan patriotisme akan hanya jadi program kecil yang bujan satu²nya keutamaan. Akan hanya jadi sampingan.

Padahal tugas memantapkan jati diri dan patriotisme rakyat pada negara bukan perkara kecil. Ia ibarat hospital untuk merawat fizikal.

Yang beriya² mahukan BTN ditutup hanyalah 1-2 orang kerana dendam atas kesetiaan BTN pada kerajaan yang memerintah ketika itu.

Mereka langsung tidak tahu betapa BTN sentiasa menegur dan berbincang dengan kerajaan sekiranya kerajaan nampak lari dari perjuangan asal.

Takkan lah hal di belakang itu nak disebarkan pada awam?

Cheguman Morha


Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.