Apa lagi yang tinggal? Hangus dan rentung segalanya.
Sementara bomba memadamkan kebakaran kontraktor elok duduk diam².
Saya bukan ahli bomba.
Tugas kontraktor tak kurang pentingnya nanti. Ada dua perkara yang kita hilang, yang perlu kita bina semula.
Pertama, kuasa ekonomi. Ini dah lama berlaku. Itu sebabnya ada bait lagu... Kini kita cuma tinggal kuasa.
Malangnya, kuasa pun kini sedang hilang. Ada yang kata, dah hilang.
Nampaknya kuasa ekonomi lebih besar. Bahkan ramai yang dahulukan wang daripada tuhan. Nauzubillah... Tapi itulah yang selalu berlaku.
Biasa tak kita tangguhkan solat kerana menunggu wang? Jawab dalam hati sendiri.
Realitinya, sesuatu yang ditakuti dan sering dinyanyikan dulu sudah ada di depan mata.
Barangkali sang penyair terlalu lama di atas gunung. Manakan boleh sekadar terikat di tali cinta.
Lihat kata² Derwish di bawah...
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.