Sunday, September 30, 2018

Anwar lawan siapa PRK Port Dickson, Mahathir takut apa?

Barisan calon PRK Parlimen P132 Port Dickson (dari kiri) Saiful Bukhari, Stevie Chan, Anwar, Mohd Nazari, Mohd Isa, Lau dan Kan yang diumumkan bertanding bagi pilihan raya tersebut hari ini. --foto BERNAMA

Terlalu banyak kerosakan yang berlaku bermula 1999. Kata orang cina, dua singa tidak boleh duduk atas satu bukit.

1998 anak singa sudah jadi bapak singa. Sudah ada pengikut yang boleh bila² masa mencabar sang ketua.

Minyak Morha dulu dikenali sebagai Minyak Morhabshi

Betul atau tidak tuduhan itu, bukan persoalan Demang. Wallahualam. Namun dalam persaingan apa sahaja peluang untuk membenamkan kepala lawan harus digunakan.

Mahathir akan guna kelemahan pesaingnya dengan 3 cara: mula² diperam untuk dijadikan umpan, kedua dibuat ugutan, dan ketiga baru digunakan bom pemusnah.

Namun anwar memang liat. Berkali² disembamkan ke lumpur masih bangkit melawan.

Lawan tetap lawan, katanya.

Kali ini TM sekali lagi terpaksa berada di bukit yang sama dengan anwar. Pendakian yang telah hampir tiba di puncak dan sukar ditahan.

Ada helah lagi?

Sebenarnya TM tak mampu lagi menyekat. Hanya satu yang perlu dipastikan: jaminan agar legasinya tidak digondolkan.

TM ada harapan di situ.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Saturday, September 29, 2018

Laluan penuh duri anwar di PD


Barisan calon PRK Parlimen P132 Port Dickson (dari kiri) Saiful Bukhari, Stevie Chan, Anwar, Mohd Nazari, Mohd Isa, Lau dan Kan yang diumumkan bertanding bagi pilihan raya tersebut hari ini. --foto BERNAMA

Amat menarik menjadikan PRK PD kali ini bagi menganalisis suasana politik semasa.

Apa sebenarnya sedang berlaku?

Sebelum anda membaca seterusnya elok anda zoom pic kain rentang berikut, yang diregang di parlimen Bukit Katil, kawasan orang kuat anwar ibrahim, shamsul iskandar.

Kenapa kain rentang ini dipasang sekarang?

Apa maksud reformasi 20 tahun? Apakah perkara utama yang berlaku 20 tahun lalu?

Ia adalah pertentangan antara mahathir dengan anwar ibrahim. Apa penyebabnya itu bukan urusan Demang. Yang penting, reformasi tercetus dari pertembungan mahathir dengan anwar.

Hari ini mahathir akan bekerja bersama anwar semula selepas 20 tahun berseteru. Mungkinkah akan berlaku?

Bagi anwar, siapapun yang akan menjadi pasangannya tidak penting sangat. Yang penting, dapat kembali ke parlimen. Beliau dah ada pengalaman dikhianati, maka tahulah macamana nak hadapi sekali lagi.

Saya tak sentuh soal salah benar kes yang diperkatakan.

Minyak Morha dulu dikenali sebagai Minyak Morhabshi

Namun reformasi 20 tahun terlalu mahal untuk dilupakan begitu sahaja. Terlalu banyak luka dalam yang tidak boleh sembuh begitu sahaja.

Sekarang mari kita lihat posisi PRK PD.

Umno tidak meletakkan calon padahal ini peluang menokok kerusi di parlimen bagi menafikan penguasaan PH.

Sebaliknya pas diberi peluang menguji sokongan melayu pasca pru 14. Dua prk terbaru menunjukkan berlaku pengurangan undi melayu ketara pada kerajaan semasa.

Meletakkan 2 singa di atas sebuah bukit mungkin strategi umno.

Kemunculan saiful bahari setelah isu panas bersama anwar agak mengejutkan. Berani betul beliau padahal anwar sudah hampir pasti menang prk ini dan akan menjadi perdana menteri. Yakni orang paling berkuasa dalam negara.

Apa isyarat yang nak disampaikan saiful pada rakyat malaysia?

Isa samat kenapa turut serta? Memanglah PD kawasan sendiri tetapi imej beliau sudah tercalar teruk, lepas satu, satu.

Kehadiran calon² bukan melayu akan mengelirukan pengundi kaum² itu. Mana satu nak diundi?

Siapa yang memberi jalan pada mereka memecahkan undi? Ini boleh menyukarkan laluan anwar.

Demang dengar PM tiada dalam negara ketika ini. Bagi orang lama, ini mencurigakan.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Thursday, September 27, 2018

Biarkan Anwar menang

Akhirnya UMNO mengambil keputusan bijak dengan tidak menyertai PRK yang sengaja diadakan bagi memasukkan Anwar Ibrahim ke parlimen.

Yang kecewa ialah orang² TM.

Anwar dan orang²nya tidak pernah melupakan tragedi 1999. Dan TM memang sukar bekerja bersama Anwar.

Rancangan DAP untuk terus memanipulasi TM juga jadi sukar. Dua (kumpulan) tembolok yang perlu dipuaskan bukanlah sesuatu yang mudah bagi pemimpin DAP. 

Sementara itu UMNO dan PAS semakin erat meski ada pihak yang tak menyenanginya.

Wednesday, September 5, 2018

Kebakaran sedang berlaku

Apa lagi yang tinggal? Hangus dan rentung segalanya. 

Sementara bomba memadamkan kebakaran kontraktor elok duduk diam².

Saya bukan ahli bomba.

Tugas kontraktor tak kurang pentingnya nanti. Ada dua perkara yang kita hilang, yang perlu kita bina semula.

Pertama, kuasa ekonomi. Ini dah lama berlaku. Itu sebabnya ada bait lagu... Kini kita cuma tinggal kuasa.

Malangnya, kuasa pun kini sedang hilang. Ada yang kata, dah hilang.


Nampaknya kuasa ekonomi lebih besar. Bahkan ramai yang dahulukan wang daripada tuhan. Nauzubillah... Tapi itulah yang selalu berlaku.

Biasa tak kita tangguhkan solat kerana menunggu wang? Jawab dalam hati sendiri.

Realitinya, sesuatu yang ditakuti dan sering dinyanyikan dulu sudah ada di depan mata.

Barangkali sang penyair terlalu lama di atas gunung. Manakan boleh sekadar terikat di tali cinta.

Lihat kata² Derwish di bawah...