Bacaan awal Demang, anwar akan kalah di PD. Demang sekadar menterjemah harapan Tun sebenarnya.
Bohongkah Tun pada wan azizah dan team PKR 2A? Tidak.
Menang atau kalah, anwar akan tetap masuk kabinet mahathir. Bezanya, masuk bermaruah melalui pilihanraya atau masuk dengan leher terbelengu melalui belas ehsan mahathir.
Yakni, melalui lantikan.
Bekas PM ke 4 merangkap PM ke 7 kita itu nampaknya masih Allah berikan kehebatan.
Hebat tidak sentiasa bermaksud baik. Dunia hanya tempat ujian.
Berbalik pada nasib anwar, keinginan melampau untuk menjadi PM bagi menebus maruah peribadi telah menggelapkan matanya dari melihat sebarang isyarat dan amaran di kiri kanan jalan.
Sandaran pada harapannya ialah ajal. Yakni, jangkaan bahawa mahathir takkan lama lagi usianya. Paling² pun 5 tahun.
Bagi regim Tun, 5 tahun adalah masa untuk menyelesaikan apa yang tak sempat diselesaikan dulu.
Memang ada plan peralihan kuasa antara mahathir dengan Paklah dulu. Namun banyak yang telah dirosakkan KJ dan rakan² tingkat 4-nya yang gopoh menyauk kesempatan.
Maka kesempatan 3-4 tahun ini adalah untuk anwar dan mahathir menyelesaikan apa yang patut sementara umno dipengsankan.
Boleh blah lu. anwar dah menang besar.
ReplyDelete