Thursday, October 11, 2018

Mana networking melayu?

Kes 1 (depan mata Demang)
Seorang wanita cina bertekak dengan pegawai SPR hanya kerana ia enggan keluar dari tempat mengundi dengan alasan menunggu seseorang. Padahal orang lain mematuhi arahan SPR tanpa banyak soal.

Kes 2 (diceritakan oleh ketua pusat mengundi yang rapat dengan Demang)
Calon DAP bertegang leher dengan pegawai SPR walaupun ternyata dia yang melanggar peraturan.


Kedua² kes berlaku pada hari mengundi PRU baru² ini.

Yang Demang pelik, sikap biadap mereka seolah² mereka sudah tahu mereka akan menang.

Dari mana mereka tahu? Kenapa mereka begitu yakin akan menang?

Ya. Mereka ada networking yang tersusun kemas. Proses pengundian PRU hanya untuk mengesahkan informasi yang mereka ada.

Mereka ada jaringan yang boleh dihitam-putihkan melalui satu arahan sahaja.

Itu yang kita tiada.

Sebenarnya kita dah ada. Dah lama. Tetapi mungkin kerana dah terlalu lama maka dah rosak. Dah tak boleh diguna.

Lantas kita kena bina semula. Maksud Demang, kena susun semula.

Demang nampak, institusi masjid boleh diperkasa. Kita mula dari situ. Tak perlu ada kuasa.

Kita buat apa yang boleh, kita guna apa yang dah ada.


No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.