Wednesday, November 7, 2018

PAS ganti UMNO

Hampir setiap kawasan pertempatan ada PASTI. Orang UMNO pun ramai yang hantar anak² ke situ kerana kualitinya. Saya tak kata tadika lain tak bagus tapi anak bongsu saya di PASTI sudah hafal surah almulk dan 17 hadis. 

Jom baca kutipan dari wikipedia berikut:

"Seawal tahun 1980 telah lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).
Di Terengganu pada tahun 1985 TASKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Terengganu. Manakala di Kelantan pusat prasekolah yang dikenali sebagai Putra Islam dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Kelantan sejak tahun 1988."

Kenapa Demang paparkan perkara ini?
Kata imam ghazali, mendidik anak pada usia 6 tahun seolah memahat di atas batu.
Berdasarkan selitan di atas timbul beberapa pertanyaan:
Sudah berapa ramai anak² yang telah dipahatkan pada pemikiran dan hati mereka tentang perjuangan pas dan kini ramai yang telah dewasa?
Maka tidak hairan kita lihat pas semakin kukuh.

Memang dalam PASTI tidak diajar tentang pas tapi apabila dewasa mereka tahu dari mana mereka dapat pendidikan awal.


Beberapa PRK mutakhir walaupun pas tewas namun sokongan terhadap PAS tercatat ketara.
Anak² PASTI sejak 1988 sedang memasuki dunia politik negara.

Maka bagi Demang jika nak diperkukuhkan penyatuan ummah, lebih baik melalui PAS. Tunjangnya kejap jauh ke dalam tanah dan disokong akar yang menjalar di permukaan bumi..

Umno? Jasa parti keramat itu terlalu banyak. Namun makin ramai yang menganggap ia sudah hampir ke garis penamat. Ia bukan sahaja diserang dari luar bahkan dari dalam.

Itu belum dikira yang dah tak berminat dan yang tidak mahu lagi terlibat.

Sebaliknya kekuatan akar umbi PAS semakin bertambah serta orang ramai yang semakin berminat dengan perjuangan Islam, diam² memberikan perhatian.

Makin ramai yang bersuara tentang penyatuan Islam. Pemimpin nak tunggu bila lagi?

5 comments:

  1. Pemimpin masih berangan untuk terus kekal berkuasa walaupun hanya dalam parti.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbth!...pernah dulu PAS bawa islam berkawan dgn Dap utk jatuhkan Islam melayu Umno.....apa nawaitu sebenar PAS..masih ingat lg ttg DOA K.O BN...

    ReplyDelete
  3. Jika tuan kata pas pernah silap, orang pas pula kata umno pun silap.... Sampai bila nak selesai?

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.