Dalam kawasan yang sama, ada dua jenis rumah berbeza. Harganya? Penduduk rumah² di atas bekerjasama mencipta peluang demi peluang baru. Bangsa yang tinggal di perumahan di bawahnya tak habis² berkelahi sesama sendiri berebut peluang yang ada.
Antara dua darjat tapi tinggal di negara yang sama. Lori merah itu pun entah siapa punya.
Dilaporkan Lim Guan Ng selaku menteri kewangan berada pada kedudukan gaji tertinggi dalam kabinet iaitu rm85k.
Demang tertanya² adakah beliau kini tiba² menjadi kaya atau memang sejak dulu beliau sudah ada pendapatan yang banyak?
Kalau dilihat pada pendapatan majoriti orang cina yang ada nama (baca berpengaruh) seperti Lim guan eng, maka rm85k itu bukan lah besar sangat.
Persoalan kedua dalam kepala Demang ialah bagaimana dengan sumber pendapatan lim guan eng sebelum jadi menteri. Adakah masih ada? Atau telah diserahkan pada orang lain? Siapa pemegang amanah itu?
Bagaimana pula dengan menteri lain seperti wan azizah, anwar ibrahim, saifudin nasution dan lain² yang dulu tiada pekerjaan? Dari mana sumber kewangan mereka selama ini?
Reformasi memakan masa 20 tahun. Bukan sedikit perbelanjaannya. Jika dibiayai, siapa orangnya? Kenapa mereka sanggup bagi biaya?
Jika berniaga, apa terjadi pada syarikat tersebut setelah mereka memegang jawatan penting dalam kerajaan?
Demang cuma terkenang perkara ini memandangkan zahid hamid akan didakwa kerana menyalahguna wang yayasan yang ditubuhkan sendiri.
Demang tahu, di hujung tuduhan tersebut ialah dari mana zahid hamidi mendapat wang hingga mampu membina yayasan sendiri dan dari situ boleh membiayai pusat² tahfiz, sekolah pondok, dan lain² program keagamaan.
Agak² pimimpin kerajaan baru sekarang macamana? Sekali lagi Demang nak tanya, dari mana sumber mereka dulu dan apa jadi pada sumber² tersebut sekarang?
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.