Wednesday, March 20, 2019

Agenda tersembunyi



Sebelum ini saya tulis: "alhamdulillah,  tak dapat." Tapi kalau dapatpun alhamdulillah jugak.

'Dapat' selalunya bukan hanya yang kita nampak. Ada 'benda' lain yang datang bersama perkara yang kita dapat itu. Malah yang kita dapat secara pakej itulah yang lebih peningkan kepala.

Contohnya, jawatan. Yang orang nampak pada jawatan hanya kuasa dan wang. Namun di sebaliknya ada tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan.


Tidak pedulikan pakej tambahan itu samalah dengan tidak pedulikan nasib sendiri selepas mati.

Kuasa datang bersama musuh. Harta datang bersama penjenayah. Manakala bahagia datang bersama pendengki.

Sebab itu abu bakar assiddiq ra dalam khutbah pertama selepas dipilih menjadi khalifah berkata:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah dipilih untuk memimpin kamu semua, dan aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu semua. Sekiranya aku berbuat baik maka bantulah aku, dan sekiranya aku melakukan kesilapan, maka betulkanlah aku. Kebenaran adalah satu amanah dan dusta itu adalah satu pengkhianatan." 
(sumber: portal mufti wilayah) 

Dapat, alhamdulillah dan tak dapat pun, alhamdulillah. Jangan meminta² untuk jadi imam (ketua). Kalau Allah taala takdirkan kita jadi ketua, terima dengan rasa insaf.

Cheguman morha

Nota sebelum ini
Nota selepas ini

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.