Saturday, March 23, 2019

Ego yang disangka kawan


Kau datang lagi ego? Bukankah semalam dah kuhambat kau pergi?  

He he... Ada lagi ke yang nak baca sajak? Zaman info atau IT ni terlalu banyak maklumat dan terlalu banyak sumber maklumat. Berlambak.

Kata orang kampung saya, direct to the point saja. Tak payah berpuisi berseloka. Nanti mesej tak sampai. Bahkan boleh timbul salah faham.

Balik pada puisi sekerat saya tadi, ia pasal ego.

Tak tau dari mana habitat asalnya. Apabila ia dah bersarang dalam diri, bukan mudah disuruh pergi. Kadang² kita ingat dia dah tak ada, rupa²nya bersembunyi dalam hati.

Ego selalu menyusahkan orang yang ditumpangnya. Apatah lagi jika orang itu sayang pada ego dalam diam.

Mulut kata tak suka. Hatipun kata benci. Tapi dalam tak sedar mempertahankan ego diri.


Kadang² ego dilapikkan pula dengan nama lain seperti harga diri, maruah, dsbnya. Padahal itu akan memanjakan lagi ego.

Lihat kesah Rasululullah saw. Baginda tetap menyuapkan makanan pada wanita tua yang mengutuknya setiap hari sampai baginda wafat.

Padahal bukan susah nak bagitau, "akulah muhammad rasulullah yang kau keji. Aku yang menyuapmu makanan setiap hari."

Kalau Rasululullah saw buat begitupun rasanya wanita buta itu akan masuk Islam jugak. Malah baginda (kalau hati baginda macam kita) akan puas hati dapat lepaskan perasaan geramnya pada wanita tak sedar diri itu.

Namun hati baginda saw bukan macam kita saya.

Cheguman morha

Nota seterusnya Apa ada pada nama? 
Nota sebelum ini Agenda tersembunyi



2 comments:

  1. Semua org ada ego, tp harus dikawal dan ditundukkan dgn iman, ilmu dan akal. Jgn sampai ego yg menguasai, takut nanti jadi angkuh dan bongkak, terjauh dr Syurga Allah swt.

    Selalulah ingat 3 sifatnya ahli Neraka ;
    1. Kasar
    2. Degil
    3. Angkuh.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.