Sebelum ini saya tulis: "alhamdulillah, tak dapat." Tapi kalau dapatpun alhamdulillah jugak.
'Dapat' selalunya bukan hanya yang kita nampak. Ada 'benda' lain yang datang bersama perkara yang kita dapat itu. Malah yang kita dapat secara pakej itulah yang lebih peningkan kepala.
Contohnya, jawatan. Yang orang nampak pada jawatan hanya kuasa dan wang. Namun di sebaliknya ada tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan.
Kuasa datang bersama musuh. Harta datang bersama penjenayah. Manakala bahagia datang bersama pendengki.
Sebab itu abu bakar assiddiq ra dalam khutbah pertama selepas dipilih menjadi khalifah berkata:
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah dipilih untuk memimpin kamu semua, dan aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu semua. Sekiranya aku berbuat baik maka bantulah aku, dan sekiranya aku melakukan kesilapan, maka betulkanlah aku. Kebenaran adalah satu amanah dan dusta itu adalah satu pengkhianatan."(sumber: portal mufti wilayah)
Dapat, alhamdulillah dan tak dapat pun, alhamdulillah. Jangan meminta² untuk jadi imam (ketua). Kalau Allah taala takdirkan kita jadi ketua, terima dengan rasa insaf.
Cheguman morha
Nota sebelum ini
Nota selepas ini
No comments:
Post a Comment