Allahyarham ustaz radzi melissa pernah bagi satu analogi mudah berkenaan ujian.
Suatu hari Cikgu Mat beri ujian matematik berbentuk kuiz pada murid²nya:
"Saya ada 10 ekor lembu. Saya beri pada Ali 3 ekor. Berapa ekor bakinya?"
Habis sahaja ujian, Ali jumpa cikgu mat dan bertanya tentang 3 ekor lembu yang disebut. Ali menuntut lembu² tu dari cikgunya.
Pening kepala cikgu mat terangkan pada ali bahawa lembu² tu hanya dalam ujian. Bukan betul². Yang diambil kira ialah jawapan ali betul atau salah. Itupun tak sepenting markah keseluruhan yang akan menentukan gred sijil akhir sekolah.
Susah bagi kita mungkin senang pada orang lain. Begitulah sebaliknya.
Kesimpulannya apa?
Kalau Allah bagi kita susah, sebenarnya susah itu hanya ujian. Buktinya apabila kita mati, kesusahan itu hilang serta merta. Yang dikira hanya pahala dan dosa semasa kita menghadapi ujian kesusahan itu.
Begitu jugak jika Allah jadikan kita kaya. Sebaik sahaja mati, kekayaan itupun lenyap. Yang dikira hanya dosa dan pahala semasa kita menguruskan kekayaan itu.
---------------------------------------
Alfatihah untuk allahyarham ustaz radzi melissa yang telah kembali kerahmatullah pada 23 dec 2018. Moga Allah tempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.
Dapat ke tak dapat?
kena faham ujian tu apa
Nak pedang ke nak emas?
No comments:
Post a Comment