Kenapa dulu gaji rm800 cukup tapi sekarang pendapatan laki bini rm8000 pun mengah nak sampai hujung bulan.
Ini mungkin sebabnya...
Dulu naik motor atau kereta second hand. Sekarang bukan sahaja kereta 'bukak plastik' dan mahal malah ada lebih dari sebuah.
Impak dua buah bukan hanya ansuran bulanan jadi dua malah minyak, servis, insuren & roadtax pun kena darab dua.
Dulu cuma ada satu telefon dalam rumah kini hp sorang satu. Kalau anak 3 maka bil hp ada 5.
Dulu jarang² makan di luar. Cuma yang lelaki selalu ngeteh dengan kawan². Minum secawan, lepaknya 3-4 jam.
Sekarang ada kfc, mcd, starbuck, kopitiam yang berganda mahalnya.
Dulu isteri hanya satu maka jangan nak mengada² jadikan dua. Silap² boleh masuk neraka.
Dapat ke tak dapat?
kena faham ujian tu apa
Nak pedang ke nak emas?
Rezki ngam ngam.
ReplyDeleteDulu dulu gaji 1600, hujung hujung bulan, khalas / habis, ngam ngam jer.
Beberapa tahun keje, gaji naik 4-5 ratus, ingat bolehlah nyimpan, gaji yg lebih tu. Rupenya, hujung hujung bulan, habis jugak, tiap tiap bulan pun gitu ler jugak, ngam ngam ajer.
Gitu ler, tahun tahun seterusnya, tiap kali gaji naik, ingat bolehlah nyimpan, rupernya ngam ngam jugak.
Yg skrg income puluhan ribu pun, ngam ngam jugak.
Gitu ler ceritanya, rezeki ngam ngam.
Ceriter bini bini pulak. Bini sorg, dosa yg suami tanggung entah berapa gunung beratnya. Kalau 2,3 atau 4, bayangkanlah berapa bnyknyer. Itu pun jika pertmbhn tu ikut garis lurus, tp kalau secara exponential, bayangkanlah. Bini 2, tanggungjawabnya bukan bertmbh jadi dua, tp berganda ganda, sumber dosa juga jadi berganda ganda.
Klu takat mampu dr segi kewangan dan nafsu jer, elok ler dijauhkan.
Ya
DeleteDuit tak cukup pasal PH perintah semua jadi mahal
ReplyDeleteHa³
Delete