Tuesday, April 16, 2019

Rahsia tempua bersarang rendah


Tempua sejenis burung, boleh terbang. Kalau buat kat pucuk kelapa pun tak ada masalah. Burung tak perlu memanjat samada buat tangga atau panjat macam kera.

Salah satu sebab tempua bersarang rendah ialah Allah taala nak bagi kita berfikir perkara tersirat di sebaliknya. Jadikan ia pedoman dalam menghadapi ujian.

Sebelum ini ada satu posting saya berkenaan jarum. Bagi yang belum baca, saya salin sikit. Selebihnya boleh gelintir blog waadat.

Jarum itu kecil. Hujung jarum lagi kecil. Namun dipangkalnya ada lubang. Di situ boleh dimasukkan benang. Berapa panjang benangpun boleh masuk.
Apabila mata jarum yang kecil itu ditusuk ke kain maka benang akan ikut sama. Walau jarum itu pendek tetapi ia bawa benang sepanjang yang si pencucuk itu mahukan.
Maka orang tua² dibuatnya teka-teki sindiran: "Ompilu nang kutkang". Baca lagi

Begitu juga dalam kehidupan. Kata orang tua² lagi, kalau tak berada² masakan tempua bersarang rendah.


Sarang tempua memang cantik. Ada yang beli dan sangkut kat rumah buat hiasan.

Maka biasanya tempua akan buat sarang tinggi². Kalau rendah, makhluk bernama manusia akan curi.

Namun ada masanya sarang tempua dianyam di dahan yang rendah. Tapi awas, kalau tak berada² masakan tempua bersarang rendah.

Biasanya di situ ada sarang penyengat atau ular! Saya pernah kena masa budak² dulu. Terlampau teruja tengok sarang² yang unik itu.

Kadang² gigitan penyengat lebih bisa dari tebuan. Yang pernah kena kedua²nya, tau la.


Apapun hati² lah apabila nampak sesuatu yang tak berapa normal. Tambah² lagi apabila ada musuh Allah cuba nak berbaik.

Suruh dia mengucap dua kalimah syahadah dulu.

Wallahu'alam.

Rahsia mahathir pintas anwar
Apa salahnya judge the book by its cover? 
Tahung Haji dan gelatin babi

2 comments:

  1. "Gembirakanlah org org munafik itu, bahawa bg mrk azab yg pedih." QS4:138.

    "Iaitulah org org yg mengambil org org kafir sbg wali pimpinan dgn meninggalkan org org mukmin. Apakah mrk mencari kekuatan dr sisi mrk ? Mk sesungguhnya seluruh kekuatan itu milik Allah (swt) kesemuanya." QS4:139.

    "Wahai org org yg beriman ! Jgnlah kamu ambil org org kafir sbg wali pimpinan dgn meninggalkan org beriman yg lain. Apakah kamu hndk menngadakan alasan yg jelas nyata bg Allah (swt) utk mengazabkan kamu." QS4:144.

    "Sesungguhnya org org munafik itu berada tingkatan terkebawah dr Neraka dan tidaklah sekali kali engkau dpti bg mrk seorg penolong pun." QS4:145.


    Sungguh terang dan nyata, tak perlu ditafsirkan pun dpt difahami, akan sifatnya golongan munafik yg dijelaskan dlm ayat ayat berkenaan.
    Tidakkah tersentuh sedikitpun hati hati kawan kawan kita yg mengaku seagama dgn kita bila membaca ayat ayat ini.

    Atau mungkinkah sudah....
    "Sama sahaja bg mrk, samada kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mrk ttp tidak beriman."

    Ataukah...
    "Apakah kamu beriman kpd sebhgn Al Kitab dan kamu kufur terhdp sebhgn yg lain ?"

    Allahumma arina haqqa haqqan warzuknattiba'ah wa arina batila batilan warzuknajtinabah
    Ya Allah perlihatkan kpd kami yg benar itu benar dan jadikanlah kami pengikutnya, dan perlihatkanlah kpd kami yg salah itu salah dan jauhkanlah kami drnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu akbar. Terima kasih tuan atas penambahan ilmu.

      Delete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.