Setiap yang Allah takdirkan ada hikmahnya
Masih ramai yang mengeluh depan saya, kenapa la Tun masuk semula dan jadi PM sehingga keadaan jadi kacau bilau dan melayu terdedah pada kerugian?
Kita flashback sikit.
Mahathir tau najib akan kalah dan BN akan tumbang. Anwar akan bebas dan naik ke atas.
Jika itu terjadi, mahathir dan seluruh dinastinya akan karam dan musnah. Bukan sedikit kerosakan yang beliau pernah buat pada anwar sekeluarga. Takkan anwar nak lupakan begitu saja.
Lawan tetap lawan.
Jika anwar mahu beralah demi negara beliau dah lakukan pada 1999. Apa salahnya berundur sebentar dan tenteramkan negara? Tapi anwar bukan jenis itu.
Lawan tetap lawan.
Dua jaminan pada sang isteri setia iaitu pembebasan suami lebih awal dan lantikan sebagai orang nombor dua kerajaan. Seterusnya memberi peluang untuk anwar menjadi perdana menteri.
Maka najib dan pendokongnya mesti diketepikan terlebih dulu. Diajak berunding, umno tak nak. Harapkan khairy, kalah pula.
Anwar memang tak setuju cara begitu. Dia tahu muslihat bekas bosnya. Namun apa daya. Perjanjian telah dibuat. Isterinya terlalu naif dalam tipu muslihat perang.
Anwar cuba mengatasi mahathir dengan cara mengunjungi raja². Namun lawannya cepat memintas. Malah azmin dan beberapa orang kuat anwar dapat ditawan dengan jawatan dan peluang lebih hebat.
Azmin sedar nasibnya lebih terjamin bersama team mahathir. Kerusi MB selangor selalunya panas. Pengundi negeri maju pertama di malaysia itu tidak boleh diharap. Mereka bijak mengundi dan tak membiarkan mana² individu memegang lama tampuk pemerintahan.
Yang setia pada anwar ialah samsul iskandar. Akibatnya walau menang parlimen dua kali dan berjawatan naib presiden parti samsul cuma dilantik jadi timbalan menteri. Padahal yang ditewaskan ialah ketua menteri melaka.
Episod ini belum berakhir. Kita sama² tengok.
Wallahu'alam.
Jarum kecil tapi benang panjang
Apa salahnya judge the book by its cover?
Tahung Haji dan gelatin babi
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.