Sunday, April 14, 2019

Jarum kecil benang panjang


Jarum itu kecil. Hujung jarum lagi kecil. Namun dipangkalnya ada lubang. Di situ boleh dimasukkan benang. Berapa panjang benangpun boleh masuk.

Itu yang orang tua² buatkan teka-teki sindiran: "ompilu nang kutkang".

Apabila mata jarum yang kecil itu ditusuk ke kain maka benang akan ikut bersama. Walau jarum itu pendek tetapi ia membawa benang sepanjang yang si pencucuk itu mahukan.


Demikian yang kita nampak berlaku hari ini. Apabila kuasa di atas berubah, maka yang lain ikut berubah. Tapi jangan hanya tengok di atas. Di bawah lebih halus caranya.

Satu cara memasukkan jarum ke dalam masyarakat ialah melalui masjid. Apabila pengerusi dan ajk ditukar maka itu isyarat ada benang panjang yang mahu diperjalankan.

Kerisauan saya ialah pada akidah dan perpaduan ummah. Saya lihat itu yang sedang ditusuk dengan cermat. Cukup halus. Mungkin jarum wahabi atau mungkin juga yang lain.

Yang jelas, ia cuba mengajak ummah berfikir semula perkara yang telah lama disepakati ulama.

Wallahu'alam.

Apa salahnya judge the book by its cover?
Tahung Haji dan gelatin babi
Buat apa derma masjid?

5 comments:

  1. Pemikiran cara wahabi, dalil dalil agama ditafsir ikut akal sendiri.
    Di satu hujung, jadi khawarij ekstrim.
    Di satu hujung yg lain, jadi liberal.
    Di antaranya, jadi macam macam, sana tidak, sini pun tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Itu yang dibimbangkan. Agama guna logik otak.

      Delete
  2. Apa salahnya wahabi ;

    1. Tafsiran literal ayat ayat Quran dan Hadis membuka ruang kpd salah tafsir. Salah satunya, menybbkan mensifati Tuhan dgn sifat makhluk.

    2. Mengharamkan yg harus ; spt tawassul, tabaruk, istighasah, tarekat, maulid, tahlil, zikir dan doa berjamaah dsb.

    3. Berlbhn menolak selain Hadis sahih.

    4. Berlbhn dlm berbeza pndpt hingga menuduh syirik, sesat, ahli bid'ah dsb terhdp yg tak sepndpt dgn mrk.

    5. Dwistandard menilai sesuatu isu yg tak mrk persetujui. Jika golongan mrk yg melakukan OK ajer, pandai jer mrk cari dalil, jika yg bukan golongan mrk yg melakukan dituduh bid'ah sesat.

    ReplyDelete
  3. Mengenali golongan wahabi ;

    1. Tak ngaku wahabi, mengaku salaf, ahli hadis, pengikut sunnah.
    2. Tak bermazhab, konon ikut hadis sahih sahaja, bebas bertukar tukar mazhab, ikut suka, ikut mana senang.
    3. Ego, taksub dgn ilmu dan pndpt sendiri.
    4. Dalil dalil agama ditafsir secara zahir, secara literal semata mata ikut akal sendiri.
    5. Yg Nabi saw tak buat, semua diborongnya bid'ah sesat masuk neraka.
    6. Mengharamkan / menyesatkan / mensyirikkan amalan amalan turun temurun umat spt yasinan,tahlilan, maulid, tawassul, tabaruk, istighasah, tarekat.
    7. Berlbhn menolak selain Hadis sahih.
    8. Tokoh tokoh sanjungan mrk ; Ibnu Taimiyah, Ibnul Qayyim, Albani, Ben Baz, Syeikh Uthsaimin.
    9. Bg ilmuan mrk yg fanatik, majlis majlis ilmunya mesti dimulai dgn Khutbatul Hajah diikuti dgn Hadis Bid'ah.

    ReplyDelete
  4. Moga kita kekal di jalan yang lurus.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.