Saturday, April 13, 2019

Sudut lain kata² pujangga inggeris


Isi atau kulit?

Kata orang puteh: "don't judge a book by its cover."

Ia tak semestinya pasal buku.

Kata² itu terbit kerana manusia mudah terpesona dengan tampilan kulit.

Selamanya begitu. Sebenarnya kulit memang penting. Bahkan amat penting untuk dijaga.

Rasanya semua benda ada kulit termasuk buku, kereta, rumah, jalanraya, buah²an, bahkan bumi kita.

Begitu juga tubuh manusia. Kulit adalah organ paling luas. Ia menyaluti daging dan organ lain pada tubuh.


Kulit menjadi perisai dari serangan luar. Memang ia nipis tetapi Allah taala jadikan ia berfungsi sebagai deria yang mengesan sebarang ancaman.

Kulit memberitahu kita apabila berlaku perubahan haba supaya kita bersedia lebih awal. Kita juga tahu bahaya pedang apabila libasan pertama terkena sedikit pada kulit.

Sangat ngeri jika melihat orang berjalan tanpa kulit. Ia digambarkan dalam buku yang pernah saya baca tentang peristiwa bom atom di hiroshima.

Sebenarnya kes² begitu berlaku juga pada mangsa kebakaran atau tersimbah asid.


Saya bukan menentang kata² pujangga inggeris cuma melihat dari sudut lain. Nasihat mereka supaya jangan cepat terpedaya dengan kulit. Ramai yang menipu.

Apapun, jagalah kulit dan bersedialah dengan kemungkinan kecederaan pada kulit biarpun kecil seperti luka atau lecur.

Posting kali agak lain sikit sebab saya nak beritahu bahawa Minyak Morha bagus untuk merawat kulit.

Wallahu'alam.

Tahung Haji dan gelatin babi
Buat apa derma masjid?

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.