Suatu ketika dulu tersebar surat berantai senarai produk tercemar, konon ada gelatin babi.
Walaupun masa tu belum ada viral media sosial namun ia tersebar luas. Umat islam jadi keliru dan was².
Tabung Haji tampil menguasai syarikat berkenaan. Dari situ ia berhak menentukan keputusan untuk produk yang dikeluarkan. Ini memberi keyakinan pada umat islam.
Maklumlah ada jenama yang disenaraikan dah lekat di hati pengguna. Tak boleh tanggal.
Apapun setiap tahun dapat beri subsidi pada bakal haji. Kalau nak pergi sendiri hampir rm20k. Namun melalui Tabung Haji cuma perlu bayar lebih kurang rm10k.
Kalaupun kita simpan cuma rm10 dalam Tabung Haji namun kita dah beri sokongan dan sumbangan untuk jemaah haji.
Dalam posting lepas saya tulis konsep derma bertajuk "Buat apa derma masjid?"
Apa lagi jasa Tabung Haji? Tak perlulah disenarai satu persatu. Bukan semua orang setuju. Sedangkan nikmat Allah taala setiap detik pun selalu dilupakan manusia, inikan pulak cuma Tabung Haji.
Minyak Morha produk muslim tempatan
Semangat penubuhan Tabung Haji adalah niat asal dan ia berkaitan dengan ibadat. Kita tidak tau apa akan berlaku akan datang dan Tabung Haji mungkin dapat jadi alat bagi menyelamatkan keadaan.
Jangan buang senjata dan jangan sekali² bagi senjata yang kita pegang pada musuh.
Ada orang kata biarlah Tabung Haji tutup, kita buat yang baru. Semudah itukah? Jangan terjerat dengan permainan pihak kufar. Nampak macam lurus tapi mereka licik dan penuh muslihat
Wallahu'alam
Buat apa derma masjid?
"Dan dptkanlah pd apa yg diberikan Allah (swt) utk negera Akhirat kamu, dan jgnlah kamu lupa akan keperluan dunia kamu, dan berbuat baiklah (sesama manusia / makhluk) sbgmn Allah (swt) berbuat baik kpd kamu, dan jgnlah kamu berbuat kerosakan di dunia, sesungguhnya Allah (swt) tidak menyukai org org yg berbuat kerosakkan." QS28:77.
ReplyDeleteBila tiada iman, mata, hati dan fikiran terarah seluruhnya kpd dunia semata mata. Tiada lg sekelumitpun Akhirat dihati. Apatah lg pesan Allah (swt) terus dilupakan.
Lbh buruk lg, redha org kafir pula yg dicari dan diutamakan, tanpa ada sedikitpun dihati apakah Allah (swt) dan RasulNya (saw) berkenan dgn apa yg dilakukan.
Hidupkanlah Allah (swt) dan RasulNya (saw) dihati kita dgn sentiasa berzikrullh dan berselawat, nescaya Allah (swt) dan RasulNya (saw) sentiasa pula mengingati kita, mudah mudahan hidup kita sentiasa dlm petunjuk dan bimbinganNya, dan mudah mudahan dgnnya selamat serta bahagia kita di dunia dan di Akhirat yg dinanti nantikan.
Aamiin. Insya-Allah
Delete