Thursday, April 11, 2019

Buat apa derma pada masjid?

Masa saya kecil dulu di tapak ini cuma surau atau kami panggil menaksah

Apa ertinya jika kita masukkan rm1 ke dalam tabung masjid?

Semalam saya masukkan rm1 ke dalam tabung masjid. Esok, sebelum jumaat akan dipapar pada papan putih jumlah kutipan mingguan. Biasanya di masjid kami antara rm6,000-8,000 seminggu.

Bagaimana jika saya tak masukkan rm1 itu? Tabung masjid cuma kurang rm1. Apa pula kesan rm1 itu jika dibanding rm6000 yang terkumpul?  Tiada kesan apa².

Jadi,  kenapa saya perlu masukkan rm1? Ia adalah sumbangan dan amalan saya.

Apa terjadi jika saya masukkan rm10 atau rm100? Tiada kesan apa² pada masjid. Hatta rm1 jutapun sebenarnya tiada impak apa².


Namun ia ada kesan pada saya sendiri. Ia menunjukkan kesanggupan saya untuk berkorban pada rumah Allah.

RM100 pada orang miskin tentulah tidak sama dengan rm100 bagi jutawan.

Dalam hal lain pun begitu. Sesuatu yang kita lakukan bukan untuk pihak lain. Bukan untuk mengubah atau menJADIkan sesuatu. Ia adalah amalan untuk diri sendiri.

Jadi atau tidak,  berkesan atau tidak adalah kuasa mutlak Allah taala. Kita hanya lakukan sebagai amalan yang dikira pahala dan dosa.

Wallahu'alam


3 comments:

  1. Amalan yg dilazimi oleh org soleh ;

    1. Sentiasa dlm keadaan berwudhuk.
    2. Tahajjud setiap malam.
    3. Puasa sekurang kurangnya 3 hari setiap bulan.
    4. Bacaan Al Quran setiap hari.
    5. Sadaqah yg dilazimi.
    6. Hati dan lidah yg sentiasa berzikrullah.

    Wajib ada pd setiap org soleh ;
    1. Ilmu.
    2. Akhlak yg baik.

    Mudah mudahan kita dibimbing dan diberi kekuatan dan pertolongan oleh Tuhan utk menjadi sebhgn drnya.

    Apa pun amal baik yg kita buat adalah utk diri kita sendiri, demi menagih ampunan, rahmat, redha dan kasih Allah swt.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.