Sunday, April 7, 2019

Tips hindar mengumpat


Dua perkara yang saya bulatkan pada skrinshot di atas:

1. Mengumpat
2. Riak

Sekarang sudah di hujung Rejab dan kita kini di bulan Syaaban. Bermakna Ramadhan akan tiba dalam masa sebulan.

Mungkin yang kedua perlukan masa untuk dibuang tapi yang pertama rasanya lebih mudah dilatih.

Bagitahu orang sekeliling bahawa kita tak suka mengumpat dan tak mahu mendengar umpatan.

Macamana nak beritahu?  Jangan bagitau guna lisan tapi perbuatan.

1. Ubah tajuk setiap kali ada yang mula mengumpat.
2. Tinggalkan tempat itu apabila ada yang mula mengumpat.
3. Tinggalkan grup wasap yang banyak sembang negatif. Left grup bukan bermakna putus siloturrohim.

Jom buat.

Cheguman morha

Ganti tempat dia
Kerjasama marketing
Ujian seronok ujian tak seronok

3 comments:

  1. 4 golongan yg dirindui syurga ;
    1. Ahlul Quran, org mahir dan rajin membaca Al Quran dan mengamalkannya.
    2. Org yg suka dan sering memberi mkn org org yg kelaparan.
    3. Org yg menjaga lidahnya dr yg haram dan yg sia sia.
    4. Org yg gembira dan teruja dgn kedtgn Ramadhan.

    ReplyDelete
  2. Tanda tanda seseorg itu ahli syurga ;
    1. Manis mukanya.
    2. Baik / terpelihara lidahnya.
    3. Bersih hatinya.
    4. Ringan tgnnya.

    ReplyDelete
  3. Org org yg dijauhkan dr neraka ;
    1. Hayyinan (mudah orgnya, suka memudahkan urusan org dgnnya, simple, tawadduk)
    2. Layyinan (lemah lembut, bersopan santun)
    3. Qariban (mudah mesra, mudah dirapati)
    4. Sahlin (ringan tgn, suka monolong org)

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.