Thursday, May 2, 2019

Dipantau tuhan


Apa beza 'tahu' dengan 'lihat'? Jika Allah taala 'maha mengetahui' kenapa perlu ada sifat 'maha melihat'?

Kita buat analogi begini:
Semua orang tahu suami isteri akan melakukan hubungan kelamin. Ibu bapa tau, saudara mara tau, dan jiran² pun tau.

Mereka tahu tetapi mereka tak lihat aktiviti itu.

Demikian halnya dengan Allah taala. Dia bukan sahaja maha mengetahui bahkan Dia juga maha melihat. Dua sifat itu sama tarafnya.

Allah taala melihat kita sepanjang masa, di mana² sahaja kita berada. Dia maha mengetahui.

Saya bukan nak bagi kuliah tentang sifat 20 tapi nak ingatkan diri sendiri bahawa setiap yang dilakukan, apa yang dilakukan, dan di manapun dilakukan sentiasa dilihat oleh Allah taala.

Jika aktiviti halal bersama isteri pun terasa malu dilihat orang maka bagaimana pula aktiviti haram? Tidak malukah dilihat Allah taala? Tidak takutkah melakukan dosa yang dihukumkan dalam alquran?

Wallahu'alam.

3 comments:

  1. Merasa diri sentiasa dlm pengawasan Allah swt, disebut sbg ihsan, salah satu sifat utama org bertaqwa. Pelengkapnya adalah wara', sentiasa menjauhi yg tidak disukai Allah swt dan berusaha melakukan yg disukai dan diredhai Allah swt.

    Formula mudahnya, Taqwa itu = Ihsan + Wara'.

    Sebelum mencapai derjat taqwa itu, iman mestilah sempurna.
    Seseorg yg sempurna imannya mestilah ada 6 sifat utama dr kesempurnaan iman ; ikhlas, jujur, amanah, syukur, sabar dan tawakkal. Tak sempurna iman tanpanya.

    Sebelum mencapai iman yg sempurna juga, syariat mestilah sempurna. Yg tak sempurna syariatnya, mk pastilah tidak sempurna imannya, atau istilahnya, cacatlah imannya. Syariat hanya akan sempurna dgn ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Tuan wasap saya +60194402211. Ada nak tanya sikit.

      Delete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.