Wednesday, May 1, 2019

Kubur seperti bilik pengantin


Teringat kuliah tahun lepas di masjid bukit baru melaka.

"...kubur orang soleh seperti bilik pengantin."

"Macamana pengantin di dalam bilik pengantin di malam pengantin baru?" tanya si pengkuliah.

Seterusnya beliau bercerita:
"Saya pernah tanyakan pada seorang lelaki: ingat tak pengalaman jadi pengantin?"

"Ternyata lelaki yang telah berumur itu hanya tersengih. Maklumlah, dah terlalu lama peristiwa malam pertama tu."


"Saya tanya pula pada seorang lelaki muda soalan yang sama. Jawab lelaki itu sambil tersipu, saya tak sempat nak ingat apa²."

Berderai ketawa jemaah mendengar lelucon tersebut.

"Katakan la anak tuan² nikah siang tu. Agak² tuan² berani tak terjah masuk bilik pengantin tengah² malam?" tanya beliau.

Hadirin mula tersenyum² sendiri.

"Toksah kata terjah masuk, nak ketuk pun tak berani." tambah beliau lagi disusuli tawa para hadirin.

"Begitulah kubur orang soleh. Macam bilik pengantin. Usahkan nak siksa atau nak tanya soalan, nak masuk pun malaikat berkenaan tak buat sesuka hati."

Pengkuliah yang saya ceritakan di atas ialah ustaz abu hasan din alhafiz yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 mei 2019. Kira² jam 7.30 pagi tadi,

Anak lelakinya iaitu Mohamad Yusri Abu Hassan berkata Allahyarham meninggal dunia selepas terjatuh ketika bangun untuk menunaikan solat subuh.

Malamnya, ustaz abu hassan din sempat menyampaikan kuliah bertajuk 'andai ini ramadhan terakhirku'.

Ternyata beliau tidak sempat menemui ramadhan sekali lagi. Malah kita pun belum tentu sempat.

Allahu akbar.

Moga Allah taala tempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.


Boleh pijak bahu kawan
Guru rai diri sendiri
Dalam harinya kita yang tak betul
Dia tak la kata aqidah kita salah

2 comments:

  1. "Org org yg beriman dan tidak mencampuradukkan imannya dgn kezaliman (kesyirikkan), mrk itulah org org yg mendptkan keamanan, dan mrk itulah org org yg beroleh petunjuk."

    "Dan org org yg beriman dan beramal dgn amal amal yg soleh, mrk itu ahli Syurga, mrk kekal di dlmnya."

    "Sesungguhnya org org yg beriman dan beramal dgn amal amal yg soleh, adalah bg mrk itu Syurga Firdaus, mrk kekal di dlmnya."

    Tuan guru kita, yg berbhg ust adalah seorg yg beriman, dan kita penuh yakin bahawa imannya bersih dr kesyirikkan.
    Kita juga penuh yakin akan kesolehan tuan guru kita yg berbhg ust.

    Ketika berlalu satu jenazah org soleh berdekatan Baginda Rasul saw, para sahabat r.anhum. bercerita ttg kebaikannya, dan yakin akan kebahagian yg menantinya, mk Baginda Rasul saw menyambut kata kata mrk dgn ungkapan "wajabat, wajabat, wajabat (wajiblah bgnya, wajiblah bgnya, wajiblah bgnya), kamulah saksinya (terhdp Allah swt di dunia)." Mk demikianlah tuan guru kita, kitalah yg menjadi saksi bgnya di dunia bahawa beliau adalah seorg yg soleh.

    Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu, Allahummaghfirlana warhamna wa'afina wa'fu'anna.
    Allahumma ampunkanlah dia, rahmatilah dia, afiatkan dia, maafkanlah dia. Allahumma ampunkanlah kami, rahmatilah kami, afiatkan kami, dan maafkanlah kami.

    Moga kita semua akan dihimpunkan bersama sama di Sana nanti, bersama sama Nabi junjungan kita saw, ahli keluarganya, zuriat zuriatnya yg soleh, dan para sahabat r.anhum. yg sama sama berjuang bersama baginda saw menegakkan agama kebenaran ini.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.