Konon ada seorang profesor sedang buat kajian di sebuah kampung jauh di hutan.
Satu²nya cara perhubungan ke situ ialah melalui sebatang sungai yang sangat deras, dalam, dan luas.
Maka profesor bersama pembantunya terpaksa menyewa bot kecil yang dikemudi oleh seorang pemuda.
Entah sebab nak hilangkan takut atau memang profesor suka bercakap maka si profesor itu tak henti² berbual dengan pembantunya tentang pelbagai hal.
Mereka berbual dalam bahasa Inggeris.
Tiba² si profesor berpaling pada pemuda kampung yang berada di kemudi bot kecil berenjin sangkut itu.
"Awak faham apa yang kami sembangkan tadi?" tanya si profesor.
"Tidak. Saya tak faham sepatahpun bahasa inggeris." jawab si pemuda jujur.
"Satupun tak tau? Awak tak sekolah ke? Tanya si profesor lagi.
"Sekolah sekejap tapi tak habis." jawab si pemuda lagi.
"Awak ada SPM?" Tanya lagi profesor.
"Tak sempat ambil. Saya ganti ayah bawa bot ini masa tingkatan empat. Ayah meninggal dunia." tambah si pemuda perlahan.
"Oh. Maaf." Profesor menunjukkan simpati. Apapun awak sangat rugi kerana tak teruskan persekolahan. Awak tak faham bahasa inggeris. Awak tak ada ijazah, diploma, bahkan SPM pun tiada. Awak benar² rugi. Saya rasa masa depan awak gelap." tambah profesor dengan penuh kecewa.
Suasana hening seketika.
Suasana mula kelam kabut. Profesor kelihatan panik. Bot sudah hampir karam!
"Profesor boleh berenang?" tanya pemuda itu yang dilihatnya semakin cemas.
"Tidak." jawab si profesor jujur.
"Saya rasa masa depan profesor amat gelap." kata pemuda itu sebelum terjun menyelamatkan diri.
Rasanya saya tak perlu ulas mesej cerita ini. Pembaca tentu boleh buat kesimpulan sendiri.
Lain kali saya cerita pasal profesor botak pulak. Sayapun tak tau kenapa ramai motivator gemar jadikan profesor sebagai bahan ceramah. Saya sekadar ulang cerita sahaja.
Cheguman morha
M I N Y A K M O R H A B S H I
Nak
Morha nutral atau Morha serai? Whatsapp je...
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
Harga . Video Pengakuan Artis . Khasiat Myrrh . Produk Berdaftar . Pengasas . Testimonial Pengguna
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.