Monday, February 3, 2020

Ismail kamus cerita polis rasuah


Pernah ustaz Ismail Kamus bercerita dalam satu ceramah:

Seorang polis bertanya. Suatu ketika dia buat road block tiba² ada pemandu lori campakkan bungkusan ke bahu jalan sambil tersenyum. Apabila dibuka ternyata ada wang. Padahal tiada siapapun polis di situ yang minta atau arahkan.

Polis itu tanya: boleh tak dia ambil duit itu dan anggap itu sebagai sedeqah atau hadiah?

Ujian Allah datang macam² bentuk. Dia tak terus umpan duit. Dia bagi kita susah dulu. Lepas tu baru datang duit. Kalau tergoda, habis la kita! Tambah² pula tengah kesempitan wang. 

Maka jawab ustaz ismail kamus secara berkias: "kalau tuan berdiri di situ bukan untuk tugasan rasmi, hanya pakai seluar pendek dan tshirt biasa adakah pemandu lori itu akan bagi duit?

Tidak, kata polis yang bertanya. Maka balas Ustaz Ismail Kamus, itulah rasuah.

Rasuah datang bersama kuasa. Jika tiada kuasa jangan haraplah orang akan ambil hati kita dengan wang atau lain².

Kalau ada kuasa, awas lah. Rasuah datang dalam pelbagai cara. Malaikat adalah tukang catat semua perbuatan manusia.

Malam² orang mungkin tak nampak tapi Allah sentiasa nampak. 

Contohnya jika kita ada kuasa, apabila buat majlis berduyun² orang datang, terutama staf dan orang yang ada hubungan kerja dengan rugas rasmi kita.

Itu tidak salah. Yang salahnya apabila kita mula mengambil kira siapa yang hadir dan siapa yang tidak hadir ketika kita buat keputusan rasmi.

Adakah hati anda terkesan pada nilai hadiah dan sumbangan yang diberikan semasa kenduri itu?

Jawab dalam hati!

Malaikat akan sedia mencatat dan ingatlah:  mereka sangat patuh, taat, dan tepat dengan kerja mereka.

Lagi besar kuasa, lagi besar peluang terima rasuah

Kenapa polis selalu dikaitkan dengan rasuah? Sebab semua urusan berkaitan undang² dan peraturan dalam negara akan melibatkan polis.

Rasuah datang bersama kuasa. Polis ada banyak kuasa. Polis boleh pura² menulis surat saman dan mengabaikannya setelah diberikan sesuatu.

Guru pun boleh terima rasuah, tapi kurang dan jarang². Mungkin ada ibu bapa beri sesuatu pada guru supaya anaknya dimasukkan ke kelas terbaik, atau untuk dapat soalan bocor.

Waalahu'alam.

Cheguman morha

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I


Nak 
Morha nutral atau Morha serai? Whatsapp je...

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
Harga . Video Pengakuan Artis . Khasiat Myrrh . Produk Berdaftar . Pengasas . Testimonial Pengguna
----------------------------------------------------------

2 comments:

  1. Iman, bermula dgn percaya, menjadi kuat dgn yakin, dr ilmul yakin, ainul yakin hinggalah haqqul yakin. 6 syarat sbg tanda bg iman yg sempurna. Kurang satu sahaja, mk cacatlah atau tidak sempurnalah iman. Iman yg cacat atau tidak sempurna tidak menjamin keselamatan di Akhirat. Sedang Nabi saw sendiri sering mengulang di Akhirat nanti kalimat "Rabbi sallim ! Rabbi sallim ! Rabbi sallim !" dan tempat utk mencari keselamatan itu adalah di dunia ini. 6 syarat tanda iman yg sempurna itu adalah :

    1. Ikhlas
    2. Jujur
    3. Amanah
    4. Sabar
    5. Syukur
    6. Tawakkal.

    Semuanya letaknya di hati, tak terlihat, tp itulah yg dinilai Allah swt. Bila rasuah atau seleweng, ikhlas beragama rosak, jujur dan amanah semmgnya sudah tiada, sabar dlm mentaati agama juga rosak, syukur dan tawakkal akan rezki dan Ketentuan Allah swt pun rosak. Mk jadilah dia pendusta agama.

    Disebutkan, Jahannam adalah tingkat teratas neraka yg berjumlah 7 tingkat itu, khusus bg umat Nabi saw yg melakukan dosa dosa besar, mati tak sempat bertaubat dan tidak mendpt ampunan Allah swt, dan dlm Jahannam itu ada satu lembah yg sgt dalam, bahkan lembah atau jurang yg paling dalam, bernama Lembah Wail atau Lembah Celaka, tmpt kediaman bg pendusta agama. Walaupun dikatakan umat Islam yg tidak syirik dan tidak kafir / murtad itu akan akhirnya dikeluarkan dr Jahannam, entah berapa lamanya penghuni lembah yg paling dalam itu akan berada di sana, sedang tanah Jahannam yg teratas pun jarak masa jatuhan dr pintunya sahaja 70 tahun, bgmnlah pula lembahnya yg paling dalam.

    Kerana itu, fikir fikirlah, bila terlintas utk menerima rasuah atau bertindak seleweng. Bila diuji dgn kuasa, mk hati hatilah.

    Moga peringatan ini memberi manfaat. Namun jika sudah tiada percaya atau tiada yakin, mk tidalah bermanfaat peringatan, kerana peringatan itu hanya bermanfaat bg yg beriman sahaja, dan tiadalah yg dpt mengambil pelajaran kecuali bg org org yg berakal fikiran yg dpt memikirkannya.

    Rabbi sallimna ! Rabbi sallimna ! Rabbi sallimna !

    ReplyDelete
  2. Masya-Allah. Terima kasih tuan atas perkongsian ilmu ini. Tak terjangkau saya. Moga Allah taala beri kebaikan pada kita semua.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.